Pemandangan di Boh Tea Plantation Sungai Palas |
Ida dan suami sudah lama berangan nak bawa anak-anak ke Cameron Highland. Syukur penghujung Julai iaitu 23 Julai 2020 sehingga 26 Julai 2020 dapat juga merealisasikan impian menjejakkan kaki ke tanah tinggi Cameron Highland. Salah satu destinasi peranginan yang sejuk paling popular di Malaysia selain daripada tanah tinggi Kundasang yang terletak di Sabah. Selain terkenal dengan cuacanya yang sejuk seperti berada di negara barat gitu Cameron Highland juga seringkali menjadi pilihan pelancung dari dalam dan luar negara adalah kerana tarikan utamanya iaitu ladang-ladang strawberi dan ladang-ladang teh yang subur meluas di lereng-lereng bukit yang berliku-liku. Nah... inilah tempat yang menarik kepada sesiapa yang inginkan percutian yang santai. Semasa berada disini kami menginap di Breeze Homestay yang pada saya sangat berbaloi jika travel bersama family kerana kita akan tinggal dalam apartment 3 bilik yang lengkap dengan kemudahan yang kita perlu. Ikuti cerita Ida, suami dan anak-anak di ladang-ladang teh dan ladang-ladang strawberry Cameron Highland di post berikutnya.
Anak-anak memberi makan kepada kambing Biri Biri di Sheep Sanctuary Kea Farm, Brinchang, Cameron Highland |
Di Cameron Highland juga, terdapat banyak tempat-tempat menarik seperti:
(boleh click blue link Post untuk info lebih lanjut)
💓 Sungai Pauh Campsite
💓 Kea Farm
💓 Bee Farm
💓 Lavendar Garden
💓 Cactus Point
💓 Time Tunnel
💓 Taman Partabalan
💓 Butterfly Garden
💓 The Sheep Sanctuary
💓 Mossy Forest
Selain itu terdapat juga Shopping Mall, Mini Funfair dan ke semua di wujudnya di pekan-pekan Ida namakan sebagai 3 serangkai iaitu Pekan Ringlet, Pekan Tanah Rata dan Pekan Brinchang. Ikuti juga cerita Ida, suami dan anak-anak di beberapa tempat-tempat tersebut di post Seterusnya.
Beli Kuih di gerai berhampiran Maybank di Pekan Tanah Rata Cameron Highland |
Sepanjang Ida di Cameron Highland, apa yang Ida perasan ialah restoran Steamboat sangat banyak. Atau hanya perasaan kot. Oleh kerana Ida ni bukan kaki makan di luar, so tak tau sangat restoran mana yang paling popular. Maklumlah dengan keadaan Ida yang ada anak hyperaktif (ADHD) dan autisme sangat tidak menggalakkan untuk duduk makan santai dan aman di restoran. Alhamdulillah dengan bantuan suami yang pernah seringkali pergi ke Cameron Highland (2015) atas urusan kerja, dapatlah Ida tulis berkaitan sedikit tentang tempat yang popular di Cameron Highland.
Suasana kesesakan jalan menuju ke Kea Farm |
Dari pengalaman Ida, pergilah ke Cameron Highland time weekdays...Isnin ke Khamis, tak adalah jem sangat. Tetapi jika bercadang pergi time weekends iaitu pada hari Jumaat ke Ahad so kena bersedia untuk menghadap jem yang sangat panjang. Ha...dengar-dengar masa cuti sekolah pun akan menghadapi keadaan jem yang teruk. Apa anda rasa jika perjalanan 15 minit menjadi 1 jam setengah. So, pastikan minyak kereta anda cukup banyak ketika berada di Cameron Highland.
Alhamdulillah...walaupun tidak semua, tetapi kebanyakkan tempat-tempat yang Ida telah tulis di atas, telah Ida jejaki bersama anak-anak dan suami. Terima kasih kepada suami kerana telah spend masa bersama kami walaupun jadul kerja sangat padat. Marah, ketawa, senyum, suka, duka dan segala perasaan adalah milik kita. No one is perpect. Bahagia terbina atas semua perasaan tu.....bukan berbunga sepanjang masa ye, ada kalanya down juga. Tetapi kena selesaikan secara matang bila dah down tu. Ada kalanya kena beri ruang kepada diri masing-masing.
Opppsss.....this morning before I publish this post, I received a postcard that I sent from Cameron Highland. I sent this postcade at the Tanah Rata Cameron Highland post office, but why the stamp from Ipoh anyway ??...emmm whatever..
To be Continue: First day
#thankyouforthememories
#CameronHighland2020
0 Comments