Sekiranya di Melaka terkenal dengan gula Melaka, Pahang dengan gula Kabung/enau dan Sarawak pula terkenal dengan gula Apong/nipah. Jadi jom kenali serba sedikit gula yang terhasil daripada pokok palma tersebut.

Apa itu gula palma?

Gula palma adalah satu istilah umum yang merujuk kepada jenis gula yang dihasilkan daripada pohon-pohon palma.

Gula ini dihasilkan dengan cara mendapatkan sap atau cecair yang keluar daripada tunas bunga pohon tersebut setelah dipotong atau dihiris yang dikenali sebagai nira.

Nira akan dimasak selama berjam-jam sehingga menjadi pekat dan likat. Setelah pekat, ia akan dituang ke dalam acuan bagi membentuk ketulan blok gula seperti yang kita lihat di pasar.
Antara jenis pohon palma adalah seperti pokok kelapa, pokok nipah dan pokok kabung/enau.

Daripada pokok-pokok ini, maka terhasillah pelbagai jenis gula asli yang kita kenali dengan pelbagai nama.

1. Pokok kelapa : Gula melaka / gula nise @ nisan / gula kerek.
Sumber : google


2. Pokok kabung/enau : Gula kabong
Sumber : google


3. Pokok nipah : Gula apong


Sumber : google


Sungguhpun manisan semulajadi ini kelihatan hampir serupa, namun ada sedikit perbezaan dari segi rasa dan haruman antara gula Melaka, gula Kabung dan gula Apong.


Ok jangan keliru tau 😁