Sejak berkahwin dengan suami, Taman Botanikal Labuan bukanlah tempat asing lagi bagi Ida kerana suami berasal daripada Labuan. Walau bagaimana pun, bukan selalu dapat pergi ke sana oleh kerana  selepas setahun berkahwin kami tinggal di luar Labuan. So selalunya kalau balik ke Labuan kami akan mengambil kesempatan untuk bawa anak-anak berjalan-jalan di Taman Botanikal walau sekejap.

Ok sebelum tu untuk pengetahuan, masuk ke Taman Botanikal adalah Free.  So ambil peluang jika berkesempatan ke melawat Labuan, pergilah ke Taman Botanikal.


Terdapat banyak cerita dan sejarah menarik disebalik Taman Botanikal hasil tinggalan zaman penjajahan dan dikatakan taman ini sudah wujud sebelum perang dunia ke dua lagi.  Ia dikatakan dijadikan rumah kerajaan dan dikenali sebagai Bumbung 12. Semua cerita yang penuh bersejarah ini terdapat di laman web Perbadanan Labuan .  Tetapi kini Bumbung 12 sudah di baikpulih menjadi sebuah taman botani yang indah dengan kandungan sejarah yang ada disitu dikekalkan dan dinamakan Taman Botanikal. 


Selain sejarahnya terdapat banyak tarikan yang ada di Taman Botanikal seperti Taman Bunga Raya yang menempatkan pelbagai species bunga raya, taman herba, laluan refleksologi, gazebo, pelbagai rekabentur seni arca dan terdapat juga tasik buatan dengan jambatan yang merentasinya, dan tak lupa juga taman permainan kanak-kanak.



Terdapat juga rumah pondok di atas pokok.  Anak-anak memang tak akan melepaskan peluang untuk menikmati permandangan dari atas rumah pokok tu.  


Banyak pokok tua terdapat di sini selain landskapnya yang indah. Sekali-sekali berkunjung ke Botanikal, kami tidak mahu melepaskan peluang untuk berjalan-jalan di sekitar taman ini. Pokok-pokok tua di sini dipercayai ditanam oleh Sir Hugh Low iaitu setiausaha penjajah pada zaman tu.  Keadaan pokok-pokok yang besar dan rendang menjadikan kawasan taman ini redup lengkap dengan "jogging tracks" dari kerana itulah Taman Botanikal juga sering dijadikan tempat berjogging, beriadah dan berbasikal. Sesiapa yang inginkan ketenangan untuk berehat, bersantai atau bersenam disinilah tempatnya. 

Happy holiday 😍😍