Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Cable Car Genting Highland, pengalaman menaiki cable car genting highland, terdapat gondola lantai cermin dan gondola standard
Cable Car Genting Highland

Mesti korang terimpikan menikmati udara pergunungan yang segar di Genting Highland dengan menaiki kereta kabel kan?  Emmm samalah.. dan ni trip pertama kali kami ke Genting Highland.  Bertolak dari KL seawal 9 pagi melalui lebuhraya Karak.  

Parking kereta

Jika merancang hendak merasai pengalaman menaiki kereta kabel di Genting Highland, first pointkan map ke Genting Premium Outlet (GPO) atau Awana Skyway Genting. Parking kereta terdapat di GPO dengan bayaran lebih kurang rm 4 ke rm 5 sejam menggunakan touch in go.... kadar bayaran parking tu kami buat pada Januari 2022. Lebih mudah, so pastikan touch in go cukuplah.

Parking kereta di Genting Premium Outlets, bayar paking menggunakan touch in go
Bayaran Parking di GPO


Tiket Cable Car Dan Jenis Gondola

Untuk memudahkan, tiket Cable Car boleh dibeli secara online atau terus ke mesin layan diri yang terdapat di Awana Skyway. Oleh kerana anak saya pemegang kad OKU, so lebih baik ke kaunter tiket. Disana pemegang kad OKU dan warga tua akan mendapat separuh harga. Manakala jika anak yang mempunyai ketinggian 90 cm kebawah adalah percuma.

Harga tiket cable car, harga tiket untuk oku dan warga emas separuh harga, free untuk anak, harga tiket kereta kabel lantai cermin
Tiket Cable Car

Terdapat 2 jenis gondola kereta kabel ditawarkan iaitu gondola standard dan gondola lantai cermin dengan kadar bayaran yang berbeza. Tapi kami naik gondola standard lebih jimat sedikit.  Tiket pula boleh dibeli one way atau return way.  Jika nak sewa gondola pun ada, tapi mahal sedikitlah.  Boleh tengok jadual harga dibawah: 

Harga tiket cable car, harga tiket untuk oku dan warga emas separuh harga, free untuk anak, harga tiket kereta kabel lantai cermin
Harga Tiket Cable Car

Dengan tiket yang sama, penumpang juga boleh membuat pilihan sama ada hendak turun di Chin Swee Station untuk berjalan-jalan sambil mengambil gambar kenangan di Kuil Gua Chin Swee tanpa kos tambahan sebelum meneruskan perjalanan naik ke puncak SkyAvenue. Ini kerana Chin Swee Station terletak diantara Awana Skyway dan SkyAvenue.



Detik Berada Di Dalam Cable Car

Lebih kurang 15 minit diperlukan untuk 1 perjalanan atau 30 minit jika nak turun naik je 😂😂. Di dalam cable car terdapat plug untuk cas telefon. So jika rasa telefon dah kurang cas bolehlah cas sekejap sementara menikmati bukit bukau pemandangan hutan hujan tertua di Malaysia yang menakjubkan dari dalam kereta kabel. Sejuk mata memandang. Dan ada waktunya kereta kabel kami melalui kabus, seperti berada didalam asap kebakaran malah hanya sebahagian tiang kabel yang kelihatan tanpa diketahui dimana puncaknya.

Bunyi-bunyi burung dan ungka saling bersahutan mengusik hati kami. Senyap seketika menghayati bunyi yang tidak dapat didengar lagi jika kami kembali ke rumah. Bunyi angin sedikit kedengaran dan terasa sedikit kedinginan berada diparas yang tinggi. Yang pasti anak-anak sangat suka dan teruja. Trip sehari memang sangat bermakna buat kami.

Dalam keterujaan ketika naik, lain pula halnya dengan aku ketika turun. Kegayatan yang teramat sangat ketika hendak berpatah balik setelah hampir seharian melayan anak-anak di SkyTropolis Indoor Theme Park Genting Highland. Memang tak terduga perasaan masa tu. ..😂😂😂. Semoga lepas ni dah tak gayat jika diberi peluang lagi ke Genting Highland.

Sementara tu jom layan video yang sempat diambil ketika berada didalam kereta kabel.