Sejujurnya memang langsung tidak ingat yang esok adalah hari lahir ku. Kesibukan dengan rutin harian mungkin buatku terlupa. Memang plan petang nanti nak goreng ikan....ikan kurisi yang sudah ku peram (orang labuan panggil ikan liking). Oklah lepas ambil c anum petang boleh terus goreng. Sayur kacang botol pun sudah ku hiris. Ceritanya nak makan fresh-freshlah ni, masih berasap-asap konon.
Balik rumah sudah jam 6 lebih...biasalah ambil anak balik dari sekolah memang sedikit jem. tengok ayang berbaring ditilam c ejul sedang tekun menengok telefonnya. Sampai tu terus ku baring di tepinya.
"jap lagi aku goreng ikan" kataku. Tapi ayang masih lagi tengok telefon sambil sedikit senyum. Lega sedikit sebab itu menandakan dia tidak marah dan tidak lapar sangat. Ku intai-intai apa yang ditengoknya.
Erkkk....tengah meneroka grab food rupanya.
"Emm....ada harapan terus gantung kuali petang ni" hatiku berbisik.
"Ayang laparkah?"tanyaku
"Tidak juga." Jawab ayang bersahaja.
"Tapi ada rasa mau order makanan" Sambungnya
Aku diam. Masih lagi dingdong....mau teruskan plan asal ke atau tunggu ayang pesan makanan jak. Semua makanan ayang tengok tinggal pilih yang mana berbaloi.....Ayam goreng, pizza, burger. Maklumlah "bulan tua". Tapi mau order juga...pakai pay later katanya.
Aku biarkan ja.....mungkin ayang mau tukar selera kot. Karang aku teruskan masak juga, tidak dia berselera makan.
Kalau order pizza....semua makan kecuali c hana. Rasa berbaloi, harga kurang berbaloi.....
Kalau order burger.....semua makan tapi banyak lecehnya nak request ke penjual sebab ada anak yang tidak makan mayo, ada yang tidak makan sayur, ada yang makan patty dan rotinya ja.....ayooo pening. Dahlah order pakai grab food.....tak boleh....tak boleh...
Pilihan terbaik dan terakhir adalah ayam goreng....Kentucky Fried Chicken jugalah jawabnya, ejul tak makan ayam tapi boleh add on funfries dan kulit ayam spicy dia makan....crisppynya tu....
Ok selesai masalah.....habis 1/2 jam untuk buat keputusan tu. Sekarang sah aku gantung kuali dan tinggal tunggu ayam goreng kfc dihantar.
2 jam selepas itu, ayang kejut (dah terlelap depan tv)....ada kek atas meja.......tq ayang mahal tu secret resepi. Rupanya kek tu ayang sudah order masa diofis tengahhari lagi.
Rupanya aku ja yang lalai yang esok adalah hari lahir ku.....22 November every year
"Inilah kek harijadiku yang paling mahal"
tq....tq....tq.....semoga ayang murah rezeki, disihatkan, dipanjang usia dan dipanjangkan jodoh kita.....
0 Comments