Ketika saya baru pindah ke Putrajaya sempat lagi berkursus di Hotel Shangri-La pada tahun 2015 sebelum pengurusannya diambilalih oleh Pulse Grande Hotel pada tahun 2017. Lokasi hotel ni terletak betul-betul di atas bukit presint 1 kalau nak tahu lebih tepat lagi iaitu berada ditengah-tengah bulatan /roundabout besar presint 1.
Hotel yang dikelilingi oleh pokok-pokok landskap menghijau yang tumbuh subur memang sangat sesuai bagi yang inginkan percutian kedamaian. Jauh dari kebisingan kota raya, bunyi kenderaaan yang banyak. Walau pun dari luaran bangunannya nampak agak lama dan suram, tetapi didalamnya tetap segar, bersih dan menyamankan.
Secara amnya saya dah cerita sedikit berkaitan hotel ni, sekarang jom lanjutkan ke ruang bilik tempat saya menginap. Perabot dalaman simple daripada kayu, rasanya daripada Shangri-La yang mereka tidak tukar. Membazir pula kan kalau nak tukar sedangkan ianya masih elok. Bilik dilengkapi dengan penghawa dingin yang sejuk, TV, meja, wifi internet, sterika dan mejanya, peti besi, peti sejuk kecil dan kemudahan membuat teh/kopi.
Di hotel ni terdapat kolam renang, gim, spa dan sauna. Yang berkereta sendiri, tapak parking kereta yang luas.
Pulse Grande Hotel, Putrajaya |
Macam Mana Nak Sampai Ke Pulse Grande Hotel, Putrajaya dari KLIA
Dari KLIA ke Putrajaya, saya menaiki ERL (Express Rail Link) dan turun di ERL KLIA Transit Putrajaya & Cyberjaya Station dengan tambang rm 9.40. Seterusnya saya mengambil grabcar ke hotel dengan tambang lebih kurang rm 9. Oleh kerana saya sampai malam, so gambar ambil dimalam harilah jawabnya.Bilik
Bilik Pulse Grande Hotel, Putrajaya |
Ada 2 pek set berus gigi, sabun mandi, syampoo dan pencukur bulu
Bathtub Pulse Grande Hotel, Putrajaya |
Bathroom memang sangat selesa macam boleh tidur dalam tu. Ada sliding door yang boleh dibuka so senang la boleh pantau anak-anak mandi dalam bath tub bagi yang nak bercuti bersama family.
Disetiap bilik ada balkoni
Balkoni Pulse Grande Hotel, Putrajaya |
Disetiap bilik ada balkoni
Kemudahan Yang Ada Di Hotel
Terdapat ruang untuk sebarang majlis termasuklah majlis perkahwinan, mesyuarat, seminar, acara atau majlis peribadi.
Di hotel ni terdapat kolam renang, gim, spa dan sauna. Yang berkereta sendiri, tapak parking kereta yang luas.
Pulse Grande Hotel, Putrajaya |
Pulse Grande Hotel, Putrajaya |
Makanan yang disediakan juga semua membuka selera.
Overall jika ada bajet lebih memang berbaloi untuk menginap dihotel ni.
0 Comments