Bergambar di atas Sosodikon Hill, hidden place,  pemandangan gunung kinabalu , hiking di sosodikon hill, pyramid hill,

Sosodikon Hill adalah salah satu lokasi hiking yang menarik di Kundasang Sabah dimana ianya mudah dilawati jika dibandingkan dengan lokasi hiking yang lain. Ianya terletak berhampiran dengan Desa Catle Dairy Farm, O ya sebelum saya bercerita lanjut berkaitan Sosodikon Hill, sebenarnya terdapat ladang bunga matahari yang berhampiran gate Sosodikon Hill.  So boleh je bergambar-gambar sekejap.

Sosodikon Mesra Semua Peringkat Umur

Anda boleh datang bersama keluarga dan anak kecil. Hiking santai sambil menikmati udara tanah tinggi pergunungan Kinabalu Sudah pasti akan meninggalkan kenangan indah buat anda sekeluarga.


Sunflower at Sosodikon Hill, bunga matahari, a tourist attraction at Kundasang Sabah,

Perjalanan dari pondok/gate ke puncak bukit hanya sejauh lebih kurang 600 meter dan mengambil masa kira-kira 10 ke 15 minit…..sempat tanya-tanya kerani dipondok tiket tadi. Walaupun jalannya agak mencabar, sempit dan sedikit memenatkan tetapi rasa tu sedikit hilang dek mata asyik terpandang banyak bunga-bunga yang cantik di sepanjang jalan. 


jalan menuju ke puncak sosodikon hill terdapat banyak tempat berehat, pangkin

Jika anda atau anak anda keletihan, jangan risau kerana disepanjang perjalanan terdapat 3 hentian/tempat duduk untuk menghilangkan lelah seketika…..boleh rehat-rehat sekejap sambil menghirup udara pergunungan yang sejuk dan segar. Walaupun boleh je gunakan selipar/sandel tetapi digalakkan untuk memakai kasut dan membawa sekurang-kurangnya sebotol air. Ada yang mengatakan cuacanya agak sejuk tetapi apabila anda pergi pada waktu tengahari….macam kami, so pakai t-shirt pun ok. Itu pun kena tengok cuacalah.


Pemandangan dari Sosodikon Hill

Pemandangan Pergunungan Dari Atas Sosodikon Hill, a tourist attraction at Kundasang Sabah

Sebaik sahaja anda berada dipuncak Sosodikon, anda akan dihidangkan dengan pemandangan 360 darjah yang menakjubkan dari pergunungan tanah tinggi Kundasang dan kalau bernasib baik puncak gunung Kinabalu pun dapat dilihat.


Suasana diatas Sosodikon Hill

Oleh kerana kami sampai pada waktu tengahari, so memang tak nampaklah puncak gunung tu….dah kena peluk dek awan. Cuma keberuntungan kami pada waktu tu ialah hanya kami sahaja tanpa pengunjung lain. Sewaktu kami naik, pengunjung lain pula turun. So bolehlah berlama-lamaan sedikit sambil mengambil gambar dan video semahunya.

Menurut info masa yang terbaik untuk hiking adalah sewaktu ‘Golden hour‘ iaitu 1 jam bermula disaat matahari mula terbit (6 Pagi) dan ada juga yang mengatakan 1 jam sebelum matahari terbenam (5 petang). Tetapi selalunya waktu petang cuaca kurang baik dan selalu hujan so masa yang selamat adalah waktu pagilah kan. Sebab ketika ini kualiti cahaya amat baik untuk anda mengambil gambar.

Bayaran Masuk Ke Sosodikon Hill Dan Kemudahan

Sosodikon Hill Entrance Fee, kaunter bayaran masuk ke sosodikon hill,

Harga masuk Bukit Sosodikon adalah berpatutan pada RM5 untuk dewasa Malaysia/RM3 untuk kanak-kanak Malaysia dan RM10 untuk dewasa warga asing/RM5 untuk kanak-kanak warga asing. Ini harga pada 2022.

Sebaik sampai, daftarkan diri di 'pejabat mini' yang ada di situ. Cukup hantarkan seorang wakil dan sediakan wang yang mencukupi. Setiap pengunjung yang berumur 12 keatas akan diberi tag sebelum masuk dan perlu diserahkan semula sebelum balik. So kanak-kanak yang berumur 12 tahun kebawah tak dapat tag ye…jangan perasan. Saya agak tag ini untuk mengawal jumlah orang yang masuk dalam satu-satu masa kot.

Terdapat gerai kecil yang menyediakan perkhidmatan jualan dan sewaan seperti anda boleh menyewa teropong, peralatan hujan, atau mendapatkan sijil cenderahati untuk memperingati lawatan anda. Sijil tu boleh je sama ada mereka print atau print sendiri (e-mail).


Parking



Pada waktu lawatan kami tempat letak kereta adalah percuma, kawasan letak kereta yang ada agak terhad di sini. Jadi pandai-pandailah selitkan kereta ditepi-tepi jalan atau ruang kosong berhampiran, jangan sampai menghalang lalu-lintas, sudahlah. Dari pemerhatian saya, kawasan parking yang mereka sediakan tidak lah luas. Ada yang mengatakan, pada waktu puncak semasa ramai pengunjung memang tempat ni sangat padat dan ada kemungkinan kereta anda akan terperangkap.


Jalan Menuju Ke Sosodikon Hill


Sebagai orang Sabah saya sudah biasa dengan keadaan jalan menuju yang tidak rata dan berbukit, tetapi bagi yang pertama kali mungkin rasanya agak menakutkan. Apa lagi jika menggunakan kereta yang rendah, lainlah kalau naik kenderaan 4x4 mungkin tak ada masalah. Kami pun guna kereta Alza sahaja, tipsnya jika anda memandu, pandulah seperlahan boleh. Jalannya memang agak sempit dan berlopak.

Sebelum menamatkan penulisan ni, saya tertarik untuk mencari apakah maksud sebenar "Sosodikon" sebab ada yang memaksudkannya sebagai "Pyramid Hill".  Tetapi hasil carian saya "Sosodikon" membawa maksud "tempat perangkap diletakkan".  Dimana ia berasal daripada perkataan bahasa dusun iaitu ‘sodik,’ yang merujuk kepada sejenis perangkap tradisional yang digunakan oleh masyarakat setempat untuk memerangkap haiwan seperti rusa, tupai, burung dan haiwan kecil lain kerana pada ketika itu kawasan bukit ini masih berhutan tebal, orang kampung sering datang ke sini untuk memasang perangkap.  Hasil carian dari page SabahTourism.com

vLog perjalanan kami ke Sosodikon Hill

Oklah, jika anda terjumpa blog ni, saya syorkan jangan lepaskan peluang untuk mengunjungi Sosodikon Hill. Rasainya sendiri… tak mampu hiking di gunung kinabalu, hiking di Sosodikon pun dah puas hati.

#idanursuri
#sosodikonhill