Fairy Garden Resort, Kundasang, Sabah, gopro hero 8, timewarp, pemandangan gunung ganang, ida nursuri
Fairy Garden Resort, Kundasang, Sabah


Catatan pada 22 Julai 2022...

Perjalanan dari Lahad Datu ke Kota Kinabalu mengambil masa lebih kurang 7 ke 8 jam non-stop.  Oleh kerana kami bertolak dari Lahad Datu dalam jam 3 petang, so kami mengambil keputusan bermalam di Fairy Garden Resort untuk menghilangkan penat sebelum meneruskan perjalanan esok pagi.  Tambahan pula program suami pada hari berikutnya bermula sebelah petang.  Fairy Garden Resort yang terletak di Kundasang  memang sangat mudah untuk dikunjungi.  Kenapa?  

Fairy Garden Resort, Kundasang, Sabah, ida nursuri, parking kereta, view fairy garden hotel, Mount Borneo
Fairy Garden Resort, Kundasang, Sabah

Salah satunya yang penting bagi saya ianya terletak di tepi jalan utama Ranau Kota Kinabalu.  Tak perlu nak masuk simpang.  Tempat letak kereta dihadapan hotel di tepi jalan.  Walaupun begitu hotel ni juga mempunyai parking kereta lain, tapi kena masuk simpang sedikit.  Rasanya jika nak tempah hotel termasuk sarapan pagi pun mereka sediakan. Kerana di hotel tersebut ada restoran.  Keadaan bilik yang besar memang sangat selesa.  Bilik mandi yang dilengkapi dengan pemanas air memang sangat sesuai dengan cuaca Kundasang yang sangat sejuk.  Ha...korang memang takkan perlukan penghawa dingin didalam bilik.  Kalau disemenanjung cuaca seperti ini korang boleh rasa di tanah tingi Cameron Highland.  Oh ya, apa yang saya sangat suka ialah view yang menarik dan mendamaikan jiwa daripada balkoni bilik kami.   

Fairy Garden Resort, Kundasang, Sabah, ida nursuri, parking kereta, view fairy garden hotel, Mount Borneo
Fairy Garden Resort, Kundasang, Sabah

Jika nak buat tempahan hotel resort seperti ni boleh je buka laman web seperti Booking.com, Trip.com.  Disana korang akan dapat harga yang lebih berbaloi atau murah berbanding jika tempah terus ke hotel.


Sambil-sambil tu jom tengok recording timewarp yang telah saya record dari balkoni bilik di hotel dan jua perjalanan kami dari hotel hingga ke Tuaran.  Timewarp ni direcord menggunakan GoPro Hero 8.  First time buat sebenarnya saja-saja tengok ok ke tak hasilnya.