Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Alhamdulillah semalam (kelmarin) berkesempatan menghadiri mesyuarat Biro Pemuafakatan Ibu Bapa dan Guru iaitu persatuan ibubapa dan guru bagi anak-anak isitmewa di kelas ppki di SMK Terusan, Lahad Datu.  Tanpa sedar anak-anak sudah hampir sebulan bersekolah di SMK Terusan ni sejak berpindah dari SMK BBST, Sepang.



Pada hakikatnya saya lebih seperti pemerhati sahaja. Almaklumlah pertama sekali saya masih lagi dikatakan baru dan sudah tentunya tidak mengenali mereka iaitu ibubapa anak-anak istimewa di sini. Walau bagaimanapun proses pembubaran dan pemilihan pengerusi dan timbalan pengerusi baru berjalan dengan lancar….. 

Apa yang menarik dalam mesyarat itu ialah pembentangan atau penerangan mengenai program khas untuk anak istimewa iaitu yang tidak menduduki peperiksaan SPM iaitu PASM (Penilailan Alternatif Sekolah Menengah). Menurut cikgu tersebut, program PASM ini baru diperkenalkan pada tahun lalu iaitu tahun 2021. Jadi sudah tentulah masih sangat baru dan masih ramai ibu bapa malah ada diantara guru belum memahami sepenuhnya cara program ini dilaksanakan dan kebaikkan untuk murid.

Apa itu PASM dan apa yang menarik mengenai PASM?

Pentaksiran Alternatif Sekolah Menengah (PASM) merupakan satu bentuk pentaksiran khusus untuk mentaksir kemampuan dan kebolehan MBK (Murid Berkeperluan Khas) sepanjang tahun. PASM dilaksanakan untuk pengiktirafan dan pensijilan bagi MBK di peringkat sekolah menengah.

Menariknya adalah ibubapa boleh download sijil digital anak setiap penghujung taun.  Dari situ ibubapa boleh mengetahui tahap kemampuan anak.  Dan diakkhir persekolahan iaitu tingkatan 5, anak akan menerima sijil dalam bentuk nyata daripada kementerian pendidikan Malaysia.

Untuk mengetahui lebih banyak mengenai PASM boleh klik link https://www.moe.gov.my/muat-turun/pekeliling-dan-garis-panduan/ikhtisas/2021-5/4877-spi-bil-10-tahun-2021-pelaksanaan-pentaksiran-alternatif-sekolah-menengah-bagi-murid-berkeperluan-khas-mulai-tahun-2021-dan-garis-panduan-pasm/file

Secara ringkasnya bagi saya program ni amat menarik semoga diperingakt pelaksanaan di sekolah berjalan dengan lancar.

Pertemuan kami pada kali ni diakhiri dengan program RPI guru bersama ibubapa.   Walau bagaimanapun terdapat kesedihan sedikit daripada saya kerana ketika saya memberitahu cikgu bahawa anak saya mempunyai masalah sensori atau kurang kepekaan deria sejak kebelakangan ni.  Apa yang berlaku cikgu tidak tahu dan macam terpinga-pinga apa tu masalah sensori katanya.  So dari situ saya cuba beritahu cikgu tulah akan ciri-ciri dan perlakuan apabila anak mempunyai masalah sensori.  Cikgu tu hanya menggangguk, tanda fahamlah agaknya.  Semoga dipermudahkan semua urusan cikgu-cikgu PPKI mendalami dunia anak-anak istimewa ni.


Catatan 14 July 2022
SMK Terusan, Lahad Datu