Sungai Pauh Camping Site, Taman Eko Rimba Cameron Highland

Pintu Masuk ke Pejabat Perhutanan Daerah Cameron Highland, perlu masuk melalui pejabat ini  sebelum bergerak menuju ke Taman Eko Rimba
Pintu Masuk ke Pejabat Perhutanan Daerah Cameron Highland, perlu masuk melalui pejabat ini 
sebelum bergerak menuju ke Taman Eko Rimba.

Post ni adalah susulan daripada trip kami ke Cameron Highland pada baru-baru ini.  Kami sempatlah melawat Sungai Pauh Campsite, tengok-tengok kutip maklumat dan ambil gambar tapi taklah berkhemah disitu. InsyaAllah mudah-mudahan diizinkan, kami akan ke Cameron Highland lagi untuk berkhemah.  

Kawasan tapak perkemahan yang disediakan di Sungai Pauh Campsite, Taman Eko Rimba, Cameron Highland
Kawasan tapak perkemahan yang disediakan di Sungai Pauh Campsite

    Sungai Pauh adalah tapak perkhemahan alam terletak di Taman Eko Rimba dan merupakan salah satu tempat menarik di Cameron Highland, Sungai Pauh Campsite berada dibawah seliaan Jabatan Hutan Daerah Cameron Highland. Untuk menuju ke sana kenalah masuk melalui Taman Sedia, sebuah perkampungan kecil di Tanah Rata. .  Ikuti papan tanda ke Jabatan Perhutanan (Jabatan Hutan), yang melibatkan belokan kanan di bulatan.  Sesampai di sana, masuk ke dalam perkarangan dan cari tempat letak kereta.  Kadar bayaran parking adalah Rm 3 sekali masuk.  Lebih mudah jika menggunakan maps atau waze, hanya point ke Jabatan perhutanan, Cameron Highland.

Pejabat pendaftaran Campsite Sungai Pauh, taman eko rimba Cameron Highlands
Bangunan kuning adalah pejabat pendaftaran, boleh parking kat sini sekejap untuk turunkan barang sahaja dan
lepas tu kena pindahkan semula ke kawasan parking.

Jarak Tapak perkhemahan tidak jauh dari kawasan parking kereta...tapi boleh tahanlah kalau sanggup angkut barang ulang-alik.  Tapi jangan risau kerana kereta boleh masuk hingga ke gate pendaftaran tapak khemah untuk turunkan barang je tapi kalau ramai mungkin sesak sikit kenalah memahami dan bertolak ansur ye..pastu patah mesti pindah balik ke kawasan parking di dalam kawasan Jabatan Perhutanan juga...so selamat.

Kemudahan Kereta Sorong di Campsite Sungai Pauh, Taman Eko Rimba Cameron Highland
Kemudahan kereta sorong atau gerobak boleh dipinjam kalau nak angkat banyak barang

Dari gate tu pula, korang boleh je pinjam kereta sorong yang disediakan untuk angkut barang dari gate ke tapak khemah korang.  Ha...ha....selesaikan dulu hat bayaran segala barulah boleh pinjam barang orang tau.

Kemudahan Yang Disediakan di Campsite.

Toilet in Sungai Pauh Campsite, Taman Eko Rimba Cameron Highland
Kemudahan tandas di tapak perkemahan

Selain daripada tapak perkhemahan ada beberapa kemudahan di sini termasuk  surau, socket  point di pondok gazebo (nak caj telefon pun tak ada masalah), pondok dan meja untuk BBQ, gazebo, kerusi batu untuk santai, sinki,  bilik persalinan pakaian dan bilik mandi (air sejuk takde water heater ye) lelaki dan perempuan.  

Terdapat juga kemudahan lain iaitu :

Kawasan perkhemahan yang berpagar...kira safetylah.
Lampu pada waktu malam.
Plastik dan tong  sampah.  

Itu semua dah kira murah jika dibandingkan dengan kadar bayar yang dikenakan.  oh hoooo anak sungai pun ada, so jika teringin berendam di dalam air yang sangat sejuk, dipersilakan.  Kalau fikir balik kan, ni macam perkhemahan separa mewahlah, semua ada termasuk letrik dan air.  Pengunjung hanya perlu bawa pakaian, khemah, makanan dan duit pendaftaran.  Sangat berbeza jika berkhemah di Port Dickson...berdikari sikitlah.  Kami kena bawa power box dan solar untuk elektrik.

Dengan adanya semua kemudahan tu, memang amat menarik pengunjung ke kem site Sungai Pauh sekaligus ke Cameron Highland.  Apa yang best berkhemah di kem sungai pauh ni juga, korang boleh je tinggalkan khemah dan pergi ke tempat-tempat menarik di Cameron Highland.  Tapi kena bawa barang-barang yang berharga dan pentinglah.  Kira jimat kos dari segi sewaan hotel atau homestay.  Bagi peminat camping, keselesaan tu tak penting, dah biasa dah...

List Barang Penting Untuk Berkhemah

Jika decide nak berkhemah di kem site Sungai Pauh ni, kena bersedia beberapa perkara selain dari bersedia mental dan fizikal....macam scary pula bunyinya.  Tak susah pun, lihat list di bawah
  • Baju sejuk @ sweater kerana tempat ni sejuk sangat-sangat.   
  • Khemah yang double sliding supaya tak tembus air hujan atau cari khemah yang memang waterproof.  Cuacanya pada kebanyakkan waktu adalah hujan.    
  • Tali adalah sangat penting, bawa extra pun tak apa, Banyak kegunaannya, Contoh simple jemur kain.
  • Carabiner.  Penyambung tali
  • Torch light.  Tak kiralah head torch light ke...as long as there is one lamp.
  • Spray nyamuk, Insect repellent.
Rasanya banyak lagi kot tak ada dalam list..korang fikirlah sendiri apa yang tiada.  Apa-apa pun benda yang kat atas tu selalu dilupakan.

Gambar-gambar di sekitar Campsite:

Notis amaran kesihatan dan notis Pejabat Perhutanan, warning of helath risk, at Sungai Pauh Campsite
Notis amaran kesihatan dan notis Pejabat Perhutanan

Titi menuju ke tapak perkemahan, Kem Sungai Pauh, Campsite
Titi menuju ke tapak perkemahan

Tapak perkhemahan berpagar dan berlampu, Kem Sungai Pauh, Campsite, Taman Eko Rimba Cameron Highland
Tapak perkhemahan berpagar dan berlampu

Apa pun sebelum nak pergi ke sini, ketahui dulu cara-cara nak buat boking online.  Dan dari pautan tersebut anda boleh terus boleh buat booking online melalui Sistem e-Eko Rimba.  Sila klik pautan Cara-Cara Buat Tempahan Di Kem Site Sungai Pauh. Klik juga untuk mengetahui caj yang dikenakan untuk camping di Anggaran Caj Yang Perlu Disediakan Untuk Perkhemahan.
  
Selamat Ber Camping 😀