![]() |
Lukisan mural di pintu masuk ke The Sheep Sanctuary |
Meneruskan misi untuk melawat tempat-tempat menarik di Cameron Highland, destinasi seterusnya adalah Sheep Sanctuary merupakan salah satu tarikan yang popular dan Ida rasa wajib untuk pergi. Ianya terletak bersebelahan sahaja dengan Kea Farm, Brinchang. Jika nak ke sana, terdapat papan tanda besar yang terletak di sebelah pasar Kea Farm. Anda boleh park kereta di kawasan parking yang telah disediakan oleh pihak pengurusan Kea Farm dengan bayaran Rm 3 sekali parking. Kami hanya berjalan kaki dari kawasan parking kereta menuju ke Sheep Sanctuary iaitu perlu menlintasi jalan raya....so kena berhati-hati terutamanya yang ada anak kecil. Bayaran masuk ke Sheep Sanctuary pula sebanyak Rm 7 dewasa dan kanak-kanak Rm 5 termasuk 1 kotak kecil makanan kambing untuk setiap seorang.
Apa yang special sangat dengan kambing Biri-Biri ni ye? Teringat lagu famous kanak-kanak "Ba Ba Black Sheep Have You Any Wool?". Tapi yang ni ada beza sikit "Ba Ba White Sheep Have You Any Wool". Biri-biri putih daripada baka Merino atau orang Indonesia memanggilnya Domba Merino yang memiliki bulu gebu membuatkan rasa selesa terus meramasnya. Apa yang specialnya sanctuary ini, para pengunjung dibenarkan masuk ke dalam kandang beramah mesra dengan kambing biri-biri sambil memberikan makanan diatas telapak tangan anda. Kambing biri-biri ini juga jinak dan suka bila orang meramas dan membelai bulu-bulunya, selain itu bagi anak-anak istimewa aktiviti menyentuh dan membelai binatang seperti kambing Biri-Biri adalah terapi sensory yang baik.
Selain kambing, terdapat juga binatang lain iaitu arnab yang comel-comel belaka. Sheep Sanctuary memiliki panorama yang cantik, nak selfie-selfie boleh saja. Di Sanctuary juga terdapat banyak souvenir seperti baju T Shirt, key chain dan banyak lagi. Oh...jika anda amat memerlukan tandas setelah puas bermain dengan kambing, di sini juga ada tandas.
Peringatan jika anda ada membawa sebarang makanan, kuih, buah atau sayuran hendaklah meninggalkannya di kaunter tempat mengambil makanan kambing. Maksudnya jika anda membawa makanan kuih, buah atau sayuran menuju ke tempat kambing-kambing tersebut maka anda sudah bersedia untuk dikejar sambil menjerit. Jangan risau kambing tersebut tidak akan menggigit kerana ia hanya tertarik kepada apa yang anda bawa.
Jom layan koleksi gambar-gambar kami sepanjang di Sheep Sanctuary....point cantik tempat berselfie 😍
![]() |
Signboard Pintu Masuk Ke The Sheep Sanctuary |
![]() |
Replika kincir angin dan bangsal kambing ala-ala kat Belanda gitu. |
![]() |
Replika kambing yang menyerupai Shawn The Sheep |
![]() |
Satu lagi replika kambing dalam kedai souvenir |
![]() |
Pemandangan dari tangga menuju ke tempat Kambing |
![]() |
Terdapat juga arnab yang turut sama dipelihara di Sheep Sanctuary |
0 Comments