
Jika di Lavender Garden ada ice cream lavender, di Kea Farm pula ada Ice Cream Strawberry. Kea Farm adalah salah satu destinasi menarik di Cameron Highland, orang cakap "tak sah kalau tak pergi". Ia adalah destinasi perhentian yang popular di Cameron Highland bagi pengunjung untuk singgah membeli hasil sayuran dan buah segar yang dijual oleh peniaga disitu. Terletak dilaluan utama dari arah Brinchang ke Tringkap di Cameron Highland, ia dibuka setiap hari bermula dari jam 8 pagi. Bila hujung minggu atau cuti sekolah jalan ke Kea Farm memang akan Jem teruk, tapi bila dah sampai ke situ lega dan rasa berbaloi so rileks je lah, biar lambat asal selamat.
Selain daripada ais krim Strawberry, antara jualan yang laris yang terkenal di sini ialah buah strawberry bersalut coklat dalam cawan, jagung dalam cawan, jagung bakar atau kukus, keledek kukus, bebola keledek oren dan ungu, pelbagai sayuran bersalut tepung seperti cendawan, bayam dan banyak lagi. Walau bagaimanapun, di Kea Farm terdapat juga cafe dan restoran yang menjual makanan panas untuk menyegarkan badan yang kesejukkan.
Apa yang perlu dibeli dan dibawa pulang sebagai oleh-oleh dari Kea Farm? Seperti yang Ida mention di atas Kea Farm terdapat banyak hasil tanaman yang segar. Jadi diakhir percutian anda kelak, sebelum pulang jangan lupa singgah untuk membeli dan bawa balik buah tangan seperti:
- Buah Strawberry segar
- Sayur-sayuran
- Jagung manis pelbagai gred. Yang paling popular ialah jagung Mutiara iaitu jagung putih.
- Pelbagai Cenderamata
Petua Membeli-Belah Untuk Pasar Tani Kea
Barang yang dijual di pasar boleh berulang dari gerai ke gerai jadi jangan beli dari gerai pertama yang anda lihat. Anda mungkin mendapat harga yang lebih baik di gerai yang lain pusing tengok-tengok dulu!
Apabila waktu tutup semakin hampir, anda mungkin akan menemui tawaran yang tidak dijangka untuk sayur-sayuran dan buah!
Selain Kea Farm terdapat juga tempat-tempat menarik lain di berdekatan Kea Farm iaitu boleh jalan kaki je:
- Ladang Strawberry Kea (Petik sendiri)
- Kea Garden
- The Sheep Sanctuary
- Rose Garden
Nikmati gambar-gambar lainnya yang sempat Ida rakamkan dan snap. Semoga menjadi panduan jika berkunjung ke Kea Farm, Cameron Highland.
![]() |
Bagi yang bawa anak-anak pasti anak-anak pun ikut rambang mata dengan pelbagai barang mainan yang di jual |
![]() |
Dried Strawberry bersalut coklat dalam kotak setakat ni saya tak jumpa jual di luar dari cameron Highland |
![]() |
Pelbagai jenis sayur, dan buah strawberry harga pun boleh di katakan murah |
![]() |
Pelbagai pokok hiasan dari jenis cactus. |
![]() |
Ubi manis, Teh dan pelbagai lagi ada di Kea farm |
Ok happy holiday 😍
0 Comments