Sebelah pagi ke Ladang Teh Boh Sungai Palas, tengah hari balik homestay. Cadang nak jalan ke Kampung Sedia sebelah petang, nasib kurang baik kerana hujan lebat dan ditambah pula oleh anak-anak yang sudah kepenatan. Pastinya akan meragam dan tantrum kerana penat dan mengantuk.
![]() |
Nak pergi ke pasar malam ni boleh je point Map / Waze Ke Barrington Square dan boleh parking di situ sebab Pasar Malam ni sebelah je |
Petang tu, hujan dah reda, batalkan niat ke Kampung Sedia tetapi pergi ke Pasar Malam Sungai Ruil. Nak cerita sikit info...Pasar Malam Sungai Ruil juga merupakan salah satu tempat yang menarik di Cameron Highland, dan terletak di antara pekan Brinchang dan pekan Tanah Rata. Iaitu bangunan baru Golden Hills di kawasan perkampungan Sungai Ruil....sebab tu nama dia Pasar Malam Sungai Ruil. Beroperasi pada hari Jumaat, Sabtu dan pada waktu cuti umum. Bermula dari jam 4 petang. Tempat letak kereta disediakan, tapi dalam keadaan ramai pengunjung ia mungkin tidak mencukupi jadi ramailah yang park kereta tepi-tepi jalan (termasuk Ida).....Sebenarnya first time pergi, jadi tak nampak signboard tempat letak kereta, so Ida terus U turn dan parking tepi jalan seperti kebanyakkan kereta lain.
![]() |
Antara gerai menjual kuih kebanyakan kuih yang dijual adalah jenis bergoreng |
Anda mungkin berminat: Tempat Menarik dan Best Di Cameron Highland
0 Comments