gambar minat menulis menjadi income online, adsense, flower on the table, book, coffee, buku atas meja ada bunga, laptop

Aku hanyalah penulis blog biasa yang bermula sejak tahun 2011.   Bermula daripada suka membaca blog recipe kerana sikap pelupa dan kurang mahir memasak, mula menulis dan meyimpan resipi di dalam blog yang tidak dipublishkan kepada umum pada masa tu.  Tambahan pula penggunaan facebook masih belum meluas termasuklah Ida tiada akaun facebook pun masa tu.

Ida bukanlah orang yang bersenang-senang untuk menulis..."happy go lucky" gituuu.  Ya Ida adalah seorang surirumah sepenuh masa, seorang isteri dan mak kepada 4 cahaya mata.  2 daripadanya anak lelaki yang mempunyai masalah pembelajaran iaitu Autism dan ADHD kedua-duanya.  Manakala 2 yang adik lagi adalah perempuan....Alhamdulillah tiada masalah yang berkaitan.  Banyak dugaan dan ujian sama ada dalam menjalani kehidupan bersama anak Istimewa atau dalam mengendalikan blog ni.  Oleh kerana dek minat menulis info dan resepi yang akan berguna kelak untuk Ida sendiri dan juga kepada sesiapa yang berminat mencari info daripada blog.  Juga selagi blog ni masih ada, moment kitaorang akan terpahat disini selain daripada dihati....cia...cia...cia.....gituuuu romantic apa 😍 

gambar adsense


Alhamdulillah daripada minat Ida dan suami, tahun 2015 blog kitaorang telah di monitize oleh google adsense.  Nak monitize tu sebenarnya kena juga ada syaratnya, so kena follow satu-satu syarat tu.  Ida anggap itu rezeki untuk Ida sekeluarga dan juga satu dorongan, semangat untuk Ida.  Tetapi dek kekangan masa dan kesibukan blog-blog ni selalu ja tertinggal dan ada waktunya sampai sebulan dua tak jenguk-jenguk...malah bertahun 😂😂.  Ya, walaupun sudah banyak entry yang publish tetapi yang draft pun masih banyak juga dan masih banyak yang perlu di tambahbaik.   

Sebenarnya sejak hampir 10 tahun blog ni tidaklah semeriah mana, tapi Ida tetap bangga kerana alhamdulillah dengan bantuan dan sokongan penuh daripada suami, Ida masih tetap boleh mengelola blog ni 😇.  




# hanyalah penulis blog
# this is my blog recipe