Hari ke 2 | Kunjungan ke Ladang Boh Sungai Palas


Lokasi famous bergambar di BOH Tea Centre, Sungai Palas, Brinchang Cameron Highland, pintu masuk ke BOH Tea House, dan Kilang memproses daun teh tea
Lokasi famous bergambar di BOH Tea Centre, Sungai Palas

Seperti dirancang nak pergi ke Ladang Boh Sungai Palas iaitu salah satu dari tempat-tempat menarik di Cameroon Highland yang kami rancang nak lawat. Pagi ni agak lewat sedikit, kami memulakan aktiviti dalam jam 9 pagi kerana tak nak kejutkan anak yang tengah lena tidur.  Sepanjang perjalanan agak lenggang sedikit sebab mungkin masih awal dan masih hari bekerja (Jumaat).  But by the time lalu kat area Kea Farm, nampak dah ada kereta parking tepi jalan.  Siap kami terlimpas simpang ke Ladang Boh lagi...ya mungkin agak tersorok simpangnya, tapi kalau berjaga-jaga ia ada signboard bersar di tepi simpang...sepatutnya kena alertlah kan.  

Signboard BOH Sungai Palas Tea Centre di persimpangan jalan masuk. jalan menuju ke kilang Teh Boh, Brinchang, Cameroon Highland.
Signboard BOH Sungai Palas Tea Centre di persimpangan jalan masuk.

Lebih kurang 3 km daripada simpang utama untuk sampai ke Boh Centre dengan melalui jalan yang boleh tahan mencabar sempit dan berselekoh.  Satu kenderaan sahaja yang boleh lalu dalam satu-satu masa.  Nasib baik husband yang driving masa tu.  Sampai sahaja dekat gate, kami tak terus masuk sebaliknya berhenti diluar gate untuk menghirup udara segar daripada ladang teh sambil bergambar sakan (ada ruang parking haram rasanya diluar untuk kereta sebelum gate dibuka waktu pagi).  Alhamdulillah semua ok, walaupun si Abang Fad (anak sulung Ida yang mengalami ADHD) dah merungut bosan.  Boleh dia mengadu boring dikala kanak-kanak lain mungkin gembira kerana dibawa 'makan angin'.....alahai itulah salah seorang anak istimewa ku.

Beberapa minit kemudian, kami masuk gate...free je ye.  Pusing 2 kali baru dapat parking...orang dah ramai masa tu.  Selepas parking kereta, terus menuju ke anak tangga mendaki sikit je...dalam 200 meter, tapi rasa lelah jugalah.  Kalau stamina ok...takde masalah.  Ok ambil gambar sikit lagi ...wajib tau...this is our memory..
Signboard laluan pejalan kaki ke BOH Tea Centre Sungai Palas, menuju ke kilang memproses tea BOH, at BOH Tea Plantation Sungai Palas
Signboard laluan pejalan kaki ke BOH Tea Centre Sungai Palas.

Dalam perjalanan Naik melalui tangga yang di sediakan menuju ke Boh Tea Centre, Tea plantation landscape, Sungai Palas, Brinchang Cameron Highland.
Dalam perjalanan Naik melalui tangga yang di sediakan menuju ke Boh Tea Centre

Bergambar dengan anak-anak di hadapan pintu masuk Boh Tea Centre, Boh Tea Plantation Sungai Palas
Alhamdulillah sampai di atas...duduk kejap sambil ambil gambar.

Cadang nak minum teh atau makan sikit, tapi bukan rezeki sebab sampai je kat atas masing-masing cari tandas dan lepas tu ternampak pula banner Ais Krim Gelato Teh Boh.  Memang itu sebenarnya selera anak-anak.  So minum-minum tak jadi, yang jadi hanyalah Ais Krim Gelato...turutkan saja, daripada meragam kan.
antique tea processing machine at display at BOH Tea Centre, Tea Plantation Sungei Palas, Brinchang, Cameron Highland.
Hana nak cerita pasal apa tu....

siting on bench at Boh Tea Plantation centre, Sungei Palas, eating ice-cream.
Tekun makan gelato aiskrim, pelbagai perisa..

little girl posing in front of beautiful red flower in the garden  at Boh Tea Plantation Centre, Sungei Palas
My little girl, posing depan pokok bunga. 

Lepas makan ais krim, bergambar lagi sikit dan terus ambil keputusan untuk balik ke homestay, ingat petang ni nak singgah ke Pasar Malam Sungai Ruil.

# alahai dek kerana virus Covid 19, amalan baru ialah jika nak kemana-mana wajib pakai mask 😄
# kenangan 2020