Lokasi: Pekan Tanah Rata, Bersebelahan Stesen Bus.
Kategori: Taman permainan, Tempat beriadah.
Tiket: Free
Tandas : RM 0.50
Semasa kami Bercuti di Cameron Highland Taman Pertabalan adalah lokasi pertama kami setibanya di Tanah Rata. First thing kena buat ialah misi mencari tandas. Terdapat 2 pilihan iaitu tandas di Bus Station dan tandas awam yang terdapat di taman. Tak banyak gambar sekitar tandas awam taman pertabalan. Pada masa Ida pergi, tandas di Taman Pertabalan sangat recomended ...bersih, cantik dan teraturlah. Tambah-tambah lagi masa Covid 19, so agak kurang orang. Di bahagian luar tandas, terdapat banyak barang-barang yang boleh disewa dan beli rasanya untuk sesiapa yang ingin beriadah tetapi tidak membawa peralatan beriadah seperti tikar. alat permainan, sewaan basikal....tidak termasuk makanan ya. Ok that all dari pemerhatian Ida.
Tamannya pula lengkap dengan track berjogging, tempat permainan kanak-kanak, kemudahan tempat bermain skateboard dan dihiasi oleh landskap yang cantik. Jom layan gambar-gambar yang Ida sempat Ida ambil.
![]() |
Replika Sayuran dan buah-buahan di terletak bersebelahan dengan Taman Pertabalan, di Tanah Rata Cameron Highland. |
![]() |
Taman Permainan awam di Taman Pertabalan, mungkin disebabkan hujan keadaan agak berbecak dan terdapat sedikit lopak air. |
![]() |
Icon 🚶💗 CH, yang bermaksud I Love Cameron Highland, Signature Taman Pertabalan berlatar belakangkan Menara Jam, Icon yang sering menjadi tempat ber swafoto. |
![]() |
Berehat sekejap di Taman Pertabalan, walaupun di tengah lapang tapi suasana tetap sejuk, tapi sayang banyak takungan air mungkin sebab baru lepas hujan. |
![]() |
Dah nak balik ke Homestay, tapi masih sempat ber posing di pondok atas titi menyeberang saliran air, menuju ke kawasan parking. |
0 Comments