Gambar anak-anak di Landmark I Love Cameron Highland yang terletak di Tepi Jalan diantara Tanah Rata ke Brinchang
Landmark Cameron Highland terletak di Tepi Jalan diantara Tanah Rata ke Brinchang

Alhamdulillah atas nikmatnya kerana telah melancarkan perancangan kami untuk trip Percutian ke Cameron Highland.  Sebulan yang lalu homestay telah ditempah melalui Booking.com di Breeze Homestay, Cameron Highland.  

Hari Pertama

Seawal lebih kurang jam 5. 30 pagi perjalanan di mulai dari Taman Bunga Raya , Sepang.  Seterusnya menuju ke toll Serenia kerana kami nak melalui Lebuhraya Utara Selatan dan exit toll Tapah dengan kadar bayaran Rm 20.66 sen.   Sebenarnya ada je jalan yang tak ada toll, malas nak pening-pening keluar masuk pekan dan nak hadap lampu traffic light serta jem. 

Foto Anak-anak bersama Landmark I love CH yang terletak di Taman Pertabalan Tanah Rata, Cameron Highland
Foto Anak-anak di Taman Pertabalan Tanah Rata, Cameron Highland

Dengan jalan santai, Alhamdulillah lebih kurang jam 10 pagi tiba di Tanah Rata, Cameron Highland.  Tak banyak menyinggah sebab anak-anak dah merengek nak cari tandas.  Parking kereta di pekan Tanah Rata bersebelahan Stesen Bas dan Taman Pertabalan.  Rehat sekejap melepaskan lelah memandu dan penat berada didalam kereta.  Alang-alang dah sampai Taman Pertabalan, so first place ialah Taman Pertabalan.  Area ni senang sikit nak cari tandas kerana di Stesen Bas dan Taman Pertabalan ada tandas dengan kadar bayaran rm 0.50 seorang.

Gerai yang menjual souvenir, Cenderahati, key chain, Fridge Magnet, baju, permainan toy, dan hasil pertanian yang terletak di Kea Farm Brinchang
Gerai yang terletak di Kea Farm, Brinchang, Cameron Highland.

Oleh kerana masih belum boleh check in homestay, so kami teruskan ke Kea Farm dulu mencari sayur dan buah strawberry untuk di makan malam nanti.  Rupa-rupanya bukan sekadar sayur dan buah strawberry malah segala permainan dan keychain dah di beli sekali.  Anak bungsu lagi yang suka sangat pony, dah terbeli bantal pony alat mainan pony.  Bajet oh bajet....tak apalah mungkin boleh skip tempat berbayar yang lain janji anak-anak suka.  

Breeze Homestay yang terletak di Jalan Tengkolok, Tanah Rata, Cameron Highland, Budget homestay, Percutian bajet.
Breeze Homestay yang terletak di Jalan Tengkolok, Tanah Rata, Cameron Highland

Sedar tak sedar sudah hampir jam 3 petang, sudah boleh masuk homestay.  Breeze Homestay yang terletak di Jalan Tengkolok, Tanah Rata, Cameron Highland.  Ok, inilah homestay kami. Next pada 24.7.20 ialah tarikh harijadi ke 9 tahun my daughter....

Tidur awal kerana mengikut plan, esok pagi kena pergi ke Ladang Boh Sungai Palas. zzzzzz