Ok macam yang Ida cerita di entry lalu, kalau sebut Port Dickson mesti terbayang pantai kan?.....di Port Dickson ada beberapa pantai awam yang biasa menjadi tumpuan orang ramai.
Kalau terdapat 3 pantai awam yang best Dan famous di Port Dickson ialah Pantai Teluk Kemang, Pantai Tanjung Biru dan Pantai Saujana. Walau bagaimanapun terdapat juga pantai-pantai lain yang tidak kurang hebatnya iaitu Pantai Bagan Pinang, Pantai Sri Purnama dan Pantai Cermin.
Antara ke semua pantai yang Ida listkan, pantai Teluk Kemang berbeza daripada pantai-pantai yang lain kerana:
Memang sangat ramai orang terutamanya pada hujung minggu (sabtu dan ahad) dan cuti sekolah. Sama ada orang nak stay mandi di pantai atau hanya nak berkunjung sekejap. Antara tarikan orang nak datang ke Pantai Teluk Kemang ni adalah kerana:
Aktiviti sukan laut yang disediakan seperti berkayak, banana boat, jet ski dan yang terbaru seat boat. Wowwww
Banyak restoran yang menjadi pilihan dengan pelbagai menu makanan yang terkenal di Negeri Sembilan. Tak kurang juga dengan gerai-gerai yang menjual pelbagai buah-buahan jeruk, makanan ringan dan minuman. So pengunjung yang tak bawa atau yang tak sempat nak siapkan makanan dari rumah, boleh datang je ke pantai.
Banyak deretan gerai yang menjual alatan mandi termasuklah pelampung, baju-baju renang, t shirt Port Dickson serta buah tangan (cendera kenangan Port Dickson. Seperti penggantung kunci) dengan harga yang murah-murah sahaja. Ini dah kira sebagai tempat pusat penjajalah kat sini.
Selain itu, di Dataran Teluk Kemang (berhampiran pantai) juga terdapat banyak aktiviti darat yang disediakan. Termasuklah aktiviti berkuda, kereta kayuh, berbasikal, basikal roda tiga, kereta kontrol dan sebagainya. Tapi semua tu kena bayarlah…takde yang free yee
Hah….lupa nak mention, kat Teluk Kemang berbeza dengan pantai lain ialah banyak operator yang tawarkan sewa khemah dan payung untuk sehari. Kalau tak silap Ida, bayaran khemah untuk sehari Rm 50 ke Rm 100. Sempat tanyalah abang operator first time datang Teluk Kemang. So bagi yang datang ‘main redah’ je tu jangan risau…..khemah ada, makanan ada, alatan mandi ada. Tapi semua tu kena bayar lah…..kiranya kat Teluk Kemang ni tak dapatlah jika nak pasang khemah sendiri. Kena cari pantai lain jawabnya.
Pantai Teluk Kemang....
Ok now, kita cerita sikit pasal Pantai Saujana sebab di entry lain Ida ada cerita pengalaman Ida ngan family first night camping di Pantai Saujana. Actually, pantai Saujana ni taklah berapa crowded dengan manusia seperti pantai Teluk Kemang. So bagi yang inginkan kedamaian dan ketenangan, pantai ni agak sesuai. Tambahan pula, pantai ni agak luas dan lapang. Banyak pokok-pokok yang menyebabkan ianya redup, tak panaslah ceritanya. Nak datang berkelah pun ok…takyah khemah, hampar je tikar….jangan hujan sudah. Ramai juga yang datang ke Pantai Saujana ni untuk berkhemah semalam malah ada yang sampai 2 malam. Bebas pasang khemah kat mana suka….yang paling penting free je. Deretan kedai-kedai hanya di seberang jalan sahaja. So makanan pun tak susah dapat seandainya kehabisan stok makanan time camping.
Pantai Saujana dan Pantai Batu 4
Kalau nak cari pantai Tanjung Biru ni direct memang susah sebab ianya agak tersorok dan simpang nak masuk pun mudah terkeliru dengan simpang ke kem askar. Amat mudah jika map atau waze je. Kalau guna waze atau map boleh je point ke Tanjung Tuan atau Pantai Tanjung Biru atau pun Blue Lagoon.
Pantai ini agak jauh sedikit antara semua pantai di atas. Ia terletak berhampiran dengan rumah api Tanjung Tuan atau lebih dikenali dengan Cape Ricardo. Ida tak berapa pasti kalau sebelum ni mungkin pantai ni kurang menjadi tarikan, tapi yang pastinya sekarang ni, terutamanya hujung minggu, asal lewat dari jam 9 pagi parking dah penuh. Ikut dari pengalaman Ida sendiri, Ida suka ke pantai ni kerana rasa lebih selamat daripada pantai-pantai yang Ida pernah pergi sebelum ni. Nak tau kenapa? Sebab pantai ni terletak di teluk, keadaan pantai yang tak curam apabila air pasang, lagi bila airnya dah paras pinggang memang dah tak risaulah nak biar anak mandi sebab keadaan pasirnya yang rata serta luas….ha tambahan pula takde batu-batu besar tengah-tengah air laut tu….kecuali tebing pantailah. Lagi satu kelebihan pantai ni ialah ombak dia tak kuat dan tak besar sebab kedudukannya yang terletak di teluk kot. Untuk Ida yang ada anak special ni memang sesuailah buat terapi renang ke, terapi pasir ke, selamat lah . Dah beberapa kali camping di Pantai Tanjung Biru ni, sempatlah berborak dengan pengunjung lain, mereka saja camping semalam di pantai ni sebab pada keesokkannya mereka nak jungle tracking ke Batu Putih. Adalah nak pasang angan2 suatu hari nanti nak jugalah bila anak-anak dah besar. Aktiviti pantai agak terhad, yang Ida perasan Banana Boat, Sofa Boat dan berkayak. Terdapat gerai dan medan selera, tetapi amat terhadlah dan harga pun boleh tahan tak juga terlalu murah mungkin sebab ia agak berjauhan dari kawasan kedai. Kemudahan tandas awam ada disediakan disini dengan bayaran sekali masuk buang air kecil Rm 0.50, mandi Rm 1.00.
0 Comments