Baru ada masa nak post hari ni .....
Jom Pangkor Trip
Percutian ke Pulau Pangkor ni sebenarnya telah dirancang seawal 5 bulan sebelum perjalanan. Almaklumlah, bajet kena rancang seawal-awalnya. Proses menabung duit di buat. Ini kerana bulan 12 jugalah sambutan ulangtahun kereta kereta kami (roadtax dan insurans). Emmmmmmm
Banyak persediaan yang kena kami buat awal iaitu membeli peralatan snokerling (aktiviti yang wajib jika nak ke Pangkor, rugi tak buat), safety jacket dan sebagainya.
Bahagian 1, 20 Disember 2017
Hari Pertama
Perjalanan Dari Putrajaya ke Jetty Lumut
Oleh kerana ini adalah percutian pertama kali ke Pangkor, jadi kami mengambil keputusan untuk bertolak seawal yang mungkin dari Putrajaya dengan target akan sampai di Jetty Lumut sekitar jam 7 pagi. Alhamdulillah perancangan berjalan dengan lancar. Lewat sedikit kami sampai di Jetty Lumut dalam jam 8 pagi, Dari jauh kelihatan paking bertingkat yang berwarna-warni (cantik). Dah plan nak paking di sana.
Harga tiket ferry dari Jetty Lumut:
Dewasa : RM 14.00 (pergi dan balik, pastikan simpan tiket elok-elok)
Kanak-kanak : RM 5 (pergi balik jua tau)
OKU : Free
Harga paking kereta : RM 31.20 (untuk 3 hari 2 malam)...sebenarnya dia kira mengikut jam, tak ingat berapa sen setiap jam. Parking berbumbung, jadi tak risaulah.
Lepas beli tiket adalah masa sedikit untuk bergambar-gambar, sebelum menunggu ferry datang. Jangan risau jika terlepas ferry, kerana ferry akan sentiasa ada setiap 15 minit. Dengan tiket tu boleh menaiki syarikat ferry mana-mana sahaja. (yang penting ada tiket)
Dari Jetty Lumut mengambil masa lebih kurang 40 minit ke Pulau Pangkor. Check In masuk Chalet yang kami booking iaitu Pangkor Island Chalet pada jam 2 petang. Kami sampai awal ke Pulau Pangkor, iaitu 3 jam awal, nak buat apa ye....masih tak boleh check in.
Apa lagi, ronda-ronda dululah....
Teksi Pink.
Pulau Pangkor sudah sinonim dengan Teksi Pink (bus), tak rugi jika bercuti ramai-ramai sebab bayaran hanya RM 80 untuk 2 jam mengelilingi pulau. Pemandu bas (bagi saya pemandu pelancung yang sangat baik hati dan peramah) yang cukup berpengalaman membawa kami mengelilingi pulau sambil buat sedikit penerangan mengenai pulau pangkor. Kami dibawa ke point-point tertentu sambil bergambar sakan sebelum di hantar ke chalet.
Kami di bawa melawat ke tempat-tempat menarik di Pulau Pangkor antaranya:
Point 1 : Masjid Seribu Selawat
Point 2 : Batu Bersurat
Point 3 : Kota Belanda
Point 4 : Galeri Pulau Pangkor
Point 5 : Temple / Tokong Fu Lin Kong (ada replika Tembok Besar China)
Point 6 : Kilang pemprosesan ikan (kami tak singgah, tak larat dah penat)
Boleh klik sini: vLog ringkas kami Melawat tempat-tempat diatas.
Tips : Jimat RM 25 kerana dengan sewa ronda-ronda pulau, pak cik teksi terus hantar ke chalet. Kerana rugi rasanya jika tak ronda pulau. Maksudnya dari jety ke Teluk Nipah RM 25.
Dan destinasi last ialah Pangkor Island Chalet, Teluk Nipah.
Sampai awal, rehat sebentar sebelum masuk bilik.
Bilik selesa, dengan katil queen dan di sediakan 2 biji katil single. Sesuai untuk yang bekeluarga. Harga sangat murah, bagi yang nak buat percutian bajet. Hanya RM 130 semalam (cuti sekolah dan hujung minggu) manakala waktu bekerja hanya RM 100 semalam. Nak detail cek Pangkor Island Chalet.
Selepas rehat, makan, kami terus ke pantai (menikmati deruan ombak), apalagi bagi anak-anak inilah kesempatan mereka. Mula-mula jalan nak tengok pantai, tahu-tahu je dah terjun mandi laut tapi takpelah yang penting happy.
Boleh klik sini: vLog ringkas kami mandi manda di Pantai Teluk Nipah.
Jangan risau di Teluk Nipah, semua ada. Ada kedai makan, kedai runcit, gerai/warung makanan laut, gerai kuih, gerai burger dan kedai souvenir.
21 Disember 2017
Hari ke dua
Bangun awal, menikmati deruan ombak pagi lagi, di Pulau Pangkor. Merakam burung Enggang (Hornbill) makan roti. Pulau Pangkor dan Burung Enggang sudah sebati. So tak hairanlah.
Ronda-ronda pulau lagi dengan motor sewa. Selain Teksi sewa, motor pun boleh sewa juga hanya RM 40 sehari (24 jam)
Aktiviti anak-anak semasa Snorkeling trip ke pulau giam
Klik di sini: vLog ringkas Snorkeling di pulau giam
22 Disember 2017
Hari ke 3
Ambil kesempatan tuk berjalan-jalan di sekitar gerai bersama anak. Beli sarapan. Murah tau, kuih dia besar rm 0.50 jer. Nasi Lemak rm 1 sementara saya packing pakaian, anak-anak mandi kolam, Check Out, jam 11.30 setengah jam awal. Call jer teksi pink, 5 minit dah sampai di chalet untuk menghantar kami semula ke jety pangkor. Tambang RM 25.
Macamtu lah pengalaman kami bercuti kat Pulau Pangkor, Kalau korang berminat boleh dah start survey sewa Chalet, Hotel dan Homestay kat pulau pangkor dalam widget Booking kat bawah ni 👇👇
Selamat Tinggal Pangkor, Kalau ada rezki kami datang lagi.
0 Comments