Assalamualaikum dan salam sejahtera semua 😊....mulakan harimu dengan senyuman......

"Senyum seindah suria yang membawa cahaya
Kau tersenyum ku tersenyum.....
Kemesraan terjalin............"

emmm tetiba teringat pula lagu ni....memang nostalgia......

Oklah, sini Ida nak share resipi kek pisang tersangatlah moist, sedap gitu....buat bulan lalu, time kita orang nak pergi camping kat Tanjung Tuan. Tak bosan ke? asyik Tanjung Tuan je? memang tak.......sebabnya dah banyak pantai Ida pergi, tapi tak sama Tanjung Tuan yang bagi Ida selamat terutamanya untuk yang ada anak-anak istimewa macam Ida. Ya Ida ada 2 orang anak istimewa iaitu abang Fad dengan dyslexia dan adiknya Ejul dengan Autism. Sedih nak cerita dapat dari mana....Allahualam. Genetic? Pemakanan? Vaksin? Ubat-ubatan? Behavior?...I have no idea. For me, takdir yang Allah tentukan untuk Ida and husband. For me, lucky in my life having special kids.

Ahhhh....mengalir air mata tetiba, melalut pula sampai ke sana, Ok nak cerita pasal Tanjung Tuanlah...kot-kot ada yang nak ke Tanjung Tuan tapi tak tau tentang pantainya. Cerita kek tu klik sini ye.
https://idanursuri.blogspot.com/2019/12/cerita-tanjung-tuan-atau-cerita-resipi.html, tanjung tuan, cape recado, pantai cermin, pantai blue lagoon, pantai malaysia, percutian baget, bercamping, beriadah, berkelah, aktiviti pantai, pantai bersih, port dickson, negeri sembilan
Caffe di Pantai Tanjung Biru

Sebenarnya pantai yang Ida maksudkan ialah Pantai Blue Lagoon (Pantai Tanjung Biru), Port Dickson, Negeri Sembilan adalah teluk terpencil di dasar Cape Rachado yang terletak bersebelahan dengan Tanjung Tuan, Melaka. Ha...keliru tak?😅 Melaka ke? Negeri Sembilan?. Takyah keliru, buka google map baru tau 👍. Disamping bersebelahan dengan Tanjung Tuan, Pantai Blue Lagoon juga bersebelahan dengan Pantai Cermin.

Dulu pantai ni, taklah famous sangat seperti Pantai Teluk Kemang tu, tapi sekarang 2019 pantai ni sudah jadi tempat beriadah, bersantai, berkelah dan bercamping serta aktiviti pantai yang crowded. Ya, Ida boleh tafsirkan "crowded". Tapi suasana ni berlaku terutamanya pada hujung minggu atau cuti sekolah.

Kenapa Ida tertarik ke pantai Blue Lagoon?

1. Air laut dia lebih bersih..kurang sikit sampah sarap.
2. Air laut cetek. Ia mempunyai permukaan pantai yang landai (rata), tak cerunlah tu. Ombak tidak kuat. Sangat sesuai untuk yang ada anak kecil. Tapi bukan bermakna boleh lepas jer tau. Kena juga pantau 😄😄.
3. Pantai lebih privacy, kiri kanan ada bukit menghijau cantik!. Kawasan redup even kat tepi pantai nak mandi pun ada pokok cover panas. Semasa pasang surut, garis pantai mendedahkan banyak bebola pasir, kolam dan lubang ketam untuk diterokai oleh kanak-kanak.

Kemudahan basic yang ada iaitu:

Public toilet.
~ Public toilet bayar ye. Rm 0.50 untuk buang air kecil dan besar, Rm 1 untuk mandi. Di tandas mereka ada menjual tisu, pad (bagi wanita), mineral water. Tapi harga mahal sikitlah berbanding kedai. 🤨 . So sediakanlah duit kecil...

Parking kereta.
~ Sebenarnya parking kereta ni ada masalah sikit, kerana dia tidak banyak, so need to understand. 🤔 . It's free

Playground
~ Taman permainan kanak-kanak.

Medan selera, kedai jual baju, pelampung etc

Terdapat juga deretan gerai serta penjual ais krim yang bermotor . Biarpun ais krim tu bermotor, tapi sentiasa ada dan bertukar ganti antara peniaga motor ais krim lain. So jangan risau ais krim ada.🥰👍

Untuk sukan air, apa yang Ida tahu, ada juga yang menyediakan sewaan kayak, banana boat, sofa boat. Pasal bayaran tu Ida tak sure, sebab tak pernah cuba.

Rasanya itu je kot, yang Ida boleh cerita. Pssst....Ida dah berpuluh kali ke pantai Blue Lagoon, anda bila lagi rasai berkelah dan bercamping kat sana??

Pesanan Ida, sebelum decide nak ke pantai, cek dulu jadual pasang surut laut Port Dickson kat google pun ada tu. Supaya taklah kecewa bila sampai pantai, selalunya yang buat kecewa ialah bila dah excited sangat nak mandi, tetiba sampai air surut besar pula. So boleh rancang nak datang pagi, tengahhari atau petang.

tanjung tuan, cape recado, pantai blue lagoon, pantai malaysia, percutian baget, bercamping, beriadah, berkelah, aktiviti pantai, pantai bersih, port dickson, negeri sembilan
Pemandangan di Pantai Blue Lagoon

https://idanursuri.blogspot.com/2019/12/cerita-tanjung-tuan-atau-cerita-resipi.html, tanjung tuan, cape recado, pantai cermin, pantai blue lagoon, pantai malaysia, percutian baget, bercamping, beriadah, berkelah, aktiviti pantai, pantai bersih, port dickson, negeri sembilan
Bina Istana Pasir di Pantai Blue Lagoon

tanjung tuan, cape recado, pantai cermin, pantai blue lagoon, pantai malaysia, percutian baget, bercamping, beriadah, berkelah, aktiviti pantai, pantai bersih, port dickson, negeri sembilan
Masak Air panas di Pantai Blue Lagoon

tanjung tuan, cape recado, pantai cermin, pantai blue lagoon, pantai malaysia, percutian baget, bercamping, beriadah, berkelah, aktiviti pantai, pantai bersih, port dickson, negeri sembilan
Happy mandi manda di Pantai Blue Lagoon

tanjung tuan, cape recado, pantai cermin, pantai blue lagoon, pantai malaysia, percutian baget, bercamping, beriadah, berkelah, aktiviti pantai, pantai bersih, port dickson, negeri sembilan
Mandi manda beriadah di Pantai Blue Lagoon

ok...tada...selamat beriadah 

anda mungkin berminat: Pantai-pantai Best di Port Dickson.