Assalamualaikum dan salam sejahtera semua pembaca blog Ida..😊😊

https://idanursuri.blogspot.com/2019/12/cara-cara-buat-popcorn-sedap-dan-rangup.html, tanpa mesin, sukatan cawan, malaysian food, jajan, resepi mudah

Hari ini Ida nak share resipi atau cara-cara lengkap membuat popcorn jagung di rumah tanpa mesin yang sangat senang nak buat. Actually Ida buat beberapa hari lalu, hari ini baru ada peluang nak post. Haha..nak cerita sikit, kalau Ida buat popcorn ni, memang sekali hadap jer oleh anak-anak dan husband. 🥰🥰...memang takde membazirnya. Dengan syarat tak boleh buat hari-hari..😁😁

Alhamdulillah, biji jagung untuk popcorn ni tak susah nak cari....tapi kena ingat dia ada beza dengan jagung biasa tau.

https://idanursuri.blogspot.com/2019/12/cara-cara-buat-popcorn-sedap-dan-rangup.html, tanpa mesin, sukatan cawan, malaysian food, jajan, resepi mudah

https://idanursuri.blogspot.com/2019/12/cara-cara-buat-popcorn-sedap-dan-rangup.html, tanpa mesin, sukatan cawan, malaysian food, jajan, resepi mudah

Buat popcorn ni memang tersangat senang. Rugi kalau tak cuba buat resepi ni. . Bahan pun sikit je...tambah-tambah lagi tak perlu beli atau guna mesin bagai. Pakai jer kuali lengkung yang ada kat dapur tu. Jom kita lihat resipinya.

Bahan-bahan untuk popcorn:
~ 1/2 cawan biji jagung
~ 1/4 cawan minyak
~ Secubit garam

Cara-caranya:

1. Panaskan minyak. Mula-mula pasang api sederhana sampai minyak separa panas. Kemudian kecikkan api.

2. Kemudian masukkan biji jagung. Pastikan semua biji jagung kena minyak.

https://idanursuri.blogspot.com/2019/12/cara-cara-buat-popcorn-sedap-dan-rangup.html, tanpa mesin, sukatan cawan, malaysian food, jajan, resepi mudah

3. Tutup periuk. Tunggu sampai bunyi “pop pop”. Biji jagung tengah meletup dengan meriahnya.

4. Bila dah habis bunyi “pop”, boleh angkat dan letak popcorn dalam bekas lain.

https://idanursuri.blogspot.com/2019/12/cara-cara-buat-popcorn-sedap-dan-rangup.html, tanpa mesin, sukatan cawan, malaysian food, jajan, resepi mudah

5. Taburkan garam. Gaul rata.

Ok lepas dah siap popcorn ni, kita buat caramel pulak.


Bahan-bahan untuk buat caramel:
~ 100 gram gula
~ 50ml air
~ 1 sudu besar butter/mentega

Cara-caranya:

1. Masukkan gula dan air dalam periuk. Biarkan mendidih dan tunggu sampai gula bertukar warna keperangan.

2. Bila gula dah bertukar warna perang, tutup api dan terus masukkan butter. Masa ni, gula akan berbuih-buih. Terus kacau sampai buih hilang.

3. Tuangkan caramel sedikit demi sedikit atas popcorn dan gaul rata. Kalau tak nak manis sangat, tak perlu habiskan semua caramel ni.

4. Sejukkan sebentar. Popcorn akan jadi sangat rangup bila dah sejuk.

5. Selepas tu, masukkan ke dalam bekas kedap udara atau kalau Ida, Ida akan masukkan dalam plastik dan terus seal. Tak masuk angin, rangup akan kekal...kruppp...kruppp...👍👍👍

https://idanursuri.blogspot.com/2019/12/cara-cara-buat-popcorn-sedap-dan-rangup.html, tanpa mesin, sukatan cawan, malaysian food, jajan, resepi mudah

                                                        ~Selamat mencuba~