Alkisahnya, teringin sangat nak makan kuih yang berintikan kelapa..... hilang selera punya kes. Kebetulan en husband's ada urusan Kat Nilai, singgah gerai yang menjual Putu Piring sebab husband cakap kuih putu ni ada mix kelapa....OK, mula-mula nak sikit, abam penjual pula offer 3 box RM 10, 1 box RM 3.50. OK berbaloi beli 3 box lagi pun tuk anak-anak lagi. Emmmm ....rasa sikit, memang sedap.
Bercerita pasal Kuih Putu Piring ni, sebenarnya, dah pernah makan Kuih Putu Bambu masa tinggal di KL dulu. Itu pun adik bungsu Ida yang kenalkan Kat Ida. Bukan apa, di Sabah tak famous sangat kuih ni. Ida sebenarnya agak musykil apa tu putu piring ni. Ida wonder jugalah, so untuk hilangkannya bukalah wikipedia berkaitan Putu Piring dan Putu Bambu. Apa yang Ida dapat 2 hasil tau, ha wonders pulakan? 😁😁.
First carian, Putu berasal dari Kerala & Tamilnadu, India. Putu adalah daripada bahasa Tamil yang bermaksud makanan daripada beras. Second carian, "originating from Indonesia" tapi penerangan ini lebih kepada Putu Bambu. Selain putu piring, kita juga sering mendengar akan 'Putu Bambu' atau 'Putu Mayam' dan juga 'Putu Halba'. Setakat ni, Ida pernah makan Putu Piring dan Putu Bambu. Sedap tau.
Walau apa pun, dari mana pun ia, bagi Ida kuih Putu merupakan sejenis makanan tradisional masyarakat Malaysia yang sering di jual di pasar malam, kedai makan, warung dan ada juga di jual di pasaraya. So for me, kita tak boleh 'claim' dari mana pun ia, kerana "makanan" beradaptasi dibawa oleh manusia dari satu tempat ke tempat yang lain. Yang penting sedap lagi enak.
Ha, jika ada sesiapa yang tercari-cari resipi Putu Piring Asli Tradisional yang lembut dan sedap, resipi ada jer kat sini .
0 Comments