Kali ni nak cerita ceritu jerrr....pasal nak buat "Planner". Sebenarnya tiap tahun pun buat planner tapi terlalu ringkas sehingga banyak ter"skip" dengan izin 😅😅. Lagi pula memandangkan rasanya dah tiap-tiap tahun kejadian berulang. So tahun hadapan wajib ada planner. Tiap-tiap tahun, asal hujung tahun mulalah en. Husband tanya segala aktiviti kursus, bengkel, meeting dan bla... bla..... Berdenyut2 rasanya otakku cuba ingat balik. Ada jugalah tulis dalam kalendar planner tapi terlalu ringkas contohnya suami pergi bengkel. Tarikh dan tempat ingat, sebab dah tanda kat kalender, masalahnya tak tau tajuk bengkel lah pula . Apa pun Harmis kena lengkapkan. Jadi jawapannya kena ada planner yang lengkap......
Itu baru hal suami. Appointment anak-anak lagi banyak, sebab Ida ada anak ADHD, autism, disleksia.....nak follow occupational therapy (OT), Speech Therapy (ST), jumpa pakar kanak-kanak. Tak ada cerita lagi pasal aktiviti tahunan anak-anak yang pihak sekolah dah sediakan untuk setahun. Sekali lagi, dengan semangatnya untuk mengelakkan pertindihan tarikh, wajib ada planner. Dah jadi super wife ni kena jua kuat. 💪💪💪
😂😂 Ni baru azam, tengah malam anak-anak dah melabuhkan sauh mereka untuk tidur, barulah Ida berpeluang pegang komputer untuk memulakan lakaran. Harap-harap sebelum tahun depan akan siaplah planner Ida. OK, take note sebelum 8 Dec. 2019 sebab Ida and family nak balik kampung...Labuan.....emmm kampung husband sebab warant kerajaan hanya valid untuk kampung asal pemohon. Tak apalah, ada rezeki lain baru dapat balik Kunak....tanah tumpah darahku. 😌 emmm jauh pula melalut kan!
Ha...nilah dia contoh planner saya..........
Gambar hiasan
Attempted....Fighting.......💪💪💪
0 Comments