Hai jom bercerita pasal Rebung Buluh.........  

Since saya pun sebenarnya tidak tahu banyak pasal rebung buluh ni so banyaklah korek ilmu dari encik suami.  Dia yang mengajarkan cara mengambil dan mengolah rebung ni.  Rebung ni sebenarnya pucuk buluh mudah yang masih lembut atau bagai saya anak buluh yang baru tumbuh seminggu lebih.

"Rebung buluh merujuk kepada pucuk buluh yang muda dan masih lembut, terutamanya dari spesies Bambusa vulgaris dan Phyllostachys edulis. Di Asia, ia biasanya ambil dan dipotong untuk dimasak sebagai lauk, contohnya gulai rebung dan sayur lodeh." - Sumber Google wikipedia.

Tentunya ramai yang nak cuba masak rebung buluh ni kan?  Ikut je langkah-langkahnya di Rebung BuluhMasak Lemak Cili Api dan jangan lupa terdapat juga tips penting Ketika teringin menyediakan juadah rebung masak lemak cili api ni supaya ianya tidak pahit.  Bukan apa sebab saya pernah terjumpa seorang kawan ni, dia pun berceritalah berkaitan rebung….katanya ia tak mahu makan rebung buluh lagi sebab rasanya pahit.  Adooiii….saya tersenyum ja, memanglah rebung buluh tu rasa pahit kalau dimasak seperti bunga betik, tetapi kenalah tahu cara mengurangkan rasa pahitnya supaya pahitnya berkurang dan sedap ditekak.

Di sini saya kongsikan bagaimana mengolah rebung dari pokoknya dan juga terdapat tips masak rebung supaya tidak pahit bila dimakan.

Layan dulu short video ni......

1.  Cantas bahagian pangkal anak pokok buluh.

Pilih rebung yang panjang sekitar 1/4 meter @ 1/3 meter panjang iaitu sekitar umur 2 minggu.  Pegang bahagian hujung dengan berhati-hati kerana buluh ni penuh oleh miang/buluh kecil dan tajam.  Jangan sampai terkena miang buluh.  Caranya kenalah pakai sarung tangan ketika mengambilnya.

2.  Kopek satu persatu kulit rebung.

Ketika proses mengopek tu, sentiasa rendam rebung didalam air supaya ianya tidak bertukar warna dan juga supaya miang dibatangnya akan cepat tanggal.  Kemudian beberapa kali.

Cara Mengolah Rebung Buluh
Cara Mengolah Rebung Buluh

3.  Sentiasa rendam/simpan didalam air sama ada rebung belum potong atau sesudah potong untuk mengelakkan ianya daripada menghitam/berwarna gelap akibat getahnya.

Rebung Yang Sudah Direbus

4.  Rebus terlebih dahulu sebelum diolah ke menu yang hendak dibuat.  Campur dengan garam ketika proses merebus.  Supaya rebung cepat empuk dan tidak menghitam.

5.  Jika rebung tu banyak, cara saya pertama buat semua (hiris dan rebus kemudian toskan) kemudian bahagi-bahagikan nak masak berapa kali dan simpan didalam frozen.  Bila nak masak, just keluarkan 1 bahagian/1 tapau kemudian defrost dan masaklah ikut menu kesukaan.

6.  Cara kedua, selepas direbus, saya akan masak lemak cili api semua baharulah dibahagi-bahagikan nak makan berapa kali kemudian frozenkan juga.  Bila nak makan, just defrost dan panaskan sama ada di api atau cara saya guna microwave je.  Jimat masa tau.

Kalau cara saya, mostly kebanyakkan sayur kampung yang masak lemak saya akan buat cara kedua.  Betul jimat masa seperti rebung, pucuk ubi, nangka muda.

Semoga bermanfaat