![]() |
1 Orange Hotel, Sepang |
Hotel 1 Orange terletak di Kota Warisan, Sepang dalam daerah Selangor adalah antara hotel transit yang berdekatan KLIA kerap menjadi pilihan saya jika kena outstation ke Semenanjung.
Jarak Dari KLIA dan Putrajaya
10 minit jarak dari KLIA jika menaiki grabcar atau teksi dengan tambang lebih kurang rm30. Tetapi jika nak jimat sedikit, boleh menaiki grabcar ke station ERL Salak Tinggi (Express Rail Link) dengan tambang hanya lebih kurang rm7 dan dari situ beli tiket menuju ke KLIA terminal 1 atau terminal 2 dengan tambang hanya rm4.50 . Jika korang kejar masa penerbangan lebih baik menaiki grabcar atau teksi…. Jangan tertinggal flight sudah kerana dengan menaiki ERL agak lambat sedikit.
Jika korang ke Putrajaya pula hanya lebih kurang 30 minit menaiki kereta sama ada pandu sendiri, grabcar atau teksi (tambang teksi pun kalau tak silap dalam rm 60). Tetapi jika korang memilih naik ERL pun tiada masalah. Dari hotel menaiki grabcar menuju ERL station dengan tambang rm7 dan dari situ menuju putrajaya ERL station dengan tambang lebih kurang rm6. Agak murah juga kan.
Kemudahan
Hotel ini dilengkapi dengan lift, manakala lokasi hotel agak strategik dimana terdapatnya banyak kedai makan, kedai 24 jam, pharmacy, klinik, klinik gigi, kedai dobi dan mesin ATM hanya berjalan kaki dari kaki lima kedai (tanpa keluar ke bangunan lain. Tidak jauh dari hotel ni juga terdapat shopping mall iaitu KIPPMall, Stesen minyak SHELL, McDonald dan tak seberapa jauh dari University Xiamen.
Bilik
Keadaan bilik bersih dan kemas dengan hiasan yang simple, tanpa perabot banyak. Bilik dilengkapi dengan sebuah meja computer, LCD TV didinding, pengawa dingin dan penggantung baju. Terdapat juga jug pemanas air dan cawan dan mineral water. Disediakan juga Wireless internet untuk pelanggan, passwordnya boleh didapati di kaunter lobby.
0 Comments