![]() |
Quinn Homestay at UUC, Kota kinabalu, Sabah |
Assalamualaikum hari ni baru ada masa review tempat kami menginap baru-baru ni iaitu Quinn Homestay. Family day yang dianjurkan oleh jabatan tempat husband berkerja membuatkan kami bermalan selama 4 hari 3 malam di Quinn Homestay ni. Saya buat tempahan melalui Booking.com .
Mudah bagi saya buat tempahan hotel atau homestay. Selain Booking.com, terdapat juga laman web lain yang korang boleh lawati untuk membuat perbandingan harga seperti Agoda.com , hotel.com , malah di Facebook pun korang boleh cari.
Cara Ambil Kunci Di Quinn Homestay
Untuk menginap di Quinn Homestay, korang perlu berhubung dengan tuan rumah melalui whatsapp tentang cara-cara pengambilan kunci. Sangat mudah bagi saya kerana tak perlulah kena berjumpa atau berurusan secara bersemuka dengan sesiapa. Lebih-lebih lagi zaman pendemik ni. Cara pembayaran pun hanya melalui online banking.
Walau pun begitu, Quinn Homestay mengenakan bayaran tambahan sebanyak rm50 sebagai wang cagaran. Duit tu akan dapat semula iaitu tuan rumah akan bank in semula beberapa jam selepas check-out jika tiada terdapat sebarang kerosakkan atau kehilangan barang di Quinn Homestay. Iaitu selepas cleaner rumah pergi bersihkan rumah tulah. Melalui pengalaman saya jika pergi mana-mana hotel atau homestay, benda pertama yang kena buat ialah ambil gambar atau video keadaan dalam rumah. Seboleh-bolehnya segera buat pemberitahuan kepada tuan rumah jika terdapat sebarang kerosakkan atau masalah lain.
Bilik Studio Style
Rumah apartment studio style iaitu 1 bilik, 1 bilik mandi, ruang tamu, ruang makan dan ruang untuk memasak. Quin Homestay dilengkapi dengan penghawa dingin yang berfungsi dengan baik, TV, peti sejuk, mesin basuh, dapur gas 1 mata untuk memasak, periuk nasi, jug memasak air dan kelengkapan dapur lain seperti penggan mangkuk. 1 ruang tempat letak kereta juga disediakan untuk sebuah apartment.
Kemudahan
Bilik Studio Style
Rumah apartment studio style iaitu 1 bilik, 1 bilik mandi, ruang tamu, ruang makan dan ruang untuk memasak. Quin Homestay dilengkapi dengan penghawa dingin yang berfungsi dengan baik, TV, peti sejuk, mesin basuh, dapur gas 1 mata untuk memasak, periuk nasi, jug memasak air dan kelengkapan dapur lain seperti penggan mangkuk. 1 ruang tempat letak kereta juga disediakan untuk sebuah apartment.
Kemudahan
Terdapat juga kolam renang yang terletak dibangunan pengurusan (management). Dengan kad access yang disediakan oleh pemilik rumah Quin Homestay, korang boleh je bawa anak-anak ke kolam renang.
Berhampiran kawasan apartment terdapat banyak deretan bangunan kedai yang menyediakan perkhidmatan kedai runcit, laundry, restoran, kedai 24 jam dan sebagainya. Jarak pun hanya berjalan kaki dari apartment.
Menginap di Quinn Homestay ni agak selesa berdekatan dengan pejabat INTAN iaitu pusat latihan penjawat awam, Padang Tembak RELA, Karambunai Beach Resort. Menariknya ia terletak tidak jauh dari kawasan gerai yang selalu menjadi tumpuan pengunjung iaitu gerai kelapa bakar dan kerang bakar di Sepanggar. Walau bagaimanapun jika nak ke pusat bandar kota kinabalu bagi saya agak jauh sedikit dengan perjalanan lebih kurang 1 jam....tak termasuk kesesakan jalanraya rasanya.
0 Comments