Alhamdulillah kali ini ada rezeki lagi menginap di
Holiday Inn, Melaka selama 3 hari 2 malam kerana saya terlibat dengan seminar
anjuran jabatan pada penghujung Januari lalu.
Sebuah hotel bertaraf 4 bintang yang dimiliki oleh IHG Hotel ini terletak
di Bandar Hilir, Melaka iaitu pusat tempat tumpuan pelancong.
Perjalanan saya dari KLIA menaiki bas express menuju ke Melaka Centre dan dari
situ saya mengambil grabcar untuk sampai ke hotel. Jika nak datang berkereta sendiri ke hotel ni lebih kurang sejam lebih ke 2 jam
juga dari KLIA. Ha yang ni memang pengalaman
sebab Ketika tu saya tinggal di Sepang berhampiran KLIA dan pergi ke Alor Gajah, Melaka. Tapi saya datang Melaka masa tu sebab nak
bawa family jalan-jalan Melaka je.
Bilik
Ruang bilik bersih dan segar serta lantai bilik yang dilapik dengan karpet lembut menyebabkan terasa
nak berada dalam bilik sepanjang hari.
Seperti
hotel-hotel lain bilik ini juga dilengkapi dengan penghawa dingin yang sejuk, peralatan
TV, meja, wifi internet, sterika dan mejanya, peti besi, peti sejuk kecil dan
kemudahan membuat teh/kopi.
Bilik mandi
dan tandas persendirian bersih dan dilengkapi dengan peralatan mandi seperti
set berus gigi, sabun mandi dan syampoo.
Kemudahan Hotel
Sesampai di hotel ni, kemudahan pertama yang
saya nampak ialah ruang lobi yang luas, terdapat set sofa untuk keselesaan
pelanggan.
Bilik seminar yang luas sangat memberi keselesaan kami Ketika berseminar di hotel ni.
Oleh kerana saya berada di hotel selama 3 hari, maka sempatlah meninjau kemudahan lain seperti hotel ini mempunyai kolam renang, pusat kecergasan dan spa. Yang datang bercuti dengan family memang sangat sesuai. Parking kereta luas juga terdapat di Kawasan lapang dihadapan hotel.
Hotel ini juga mempunyai restoran, ruang
istirahat dan bar yang bersih dan selesa.
Makanan yang disediakan sangat lazat.
Saya suka mesin kopi automatik mereka di mana saya boleh mendapatkan espresso, cappuccino atau Americano dengan mudah.
Lokasi
Hotel ini terletak di pusat bandar, dalam jarak berjalan kaki dari banyak tarikan pelancong yang popular seperti Jonker Street, Stadthuys dan A Famosa.
Ia juga berdekatan dengan pusat
membeli-belah, kedai makan, kedai serbaneka.
Secara keseluruhan, Holiday Inn Melaka ialah
pilihan yang tepat untuk pelancong yang mencari penginapan yang selesa di
Melaka. Harga mahal sedikit tetapi
berbaloi sesuai dengan kemudahan yang ditawarkan.
Selamat bercuti 😉
0 Comments