Alhamdulillah kelmarin berpeluang untuk menimba ilmu dari team DXN Lahad Datu. Menurut mereka yang dah lama dalam family dxn, pertemuan bersemuka seumpama itu sebenarnya buat julung kalinya semenjak COVID melanda dunia pada awal 2020. 

majlis ramah mesra DXN Lahad Datu, DXN produk, dxn marketing, kopi Lingzhi, Kopi coredesip

Kenapa Terjebak?

Oklah Ida cerita serba sedikit perjumpaan tu sebenarnya hanyalah perjumpaan ramah mesra disamping mengenali product dengan detail lagi.

Tambahan pula suami dah bagi izin, syukurlah suami pun faham dengan situasi saya sebagai surirumah sudah tentulah sekali sekala teringin jua bersosial, berjumpa kawan atau membina kawan baru seperti orang lain. Maklum jelah surirumah ni kalau tak ada aktiviti luar memang terperuklah dalam rumah menghadap kerja dalam rumah yang tiada penghujungnya tu dan menghadaplah kerenah anak-anak pelbagai ragam.

Cakap pasal bisnis tu, bukanlah nak bisnis sangat, cuma nak buat fresh up sikit atau istilah surirumah ni "me time" disamping berkenalan dengan kawan baru. Tapi kalau ada yang nak tempah melalui saya atau ada yang nak jadi ahli tu tiada masalah jika nak cari saya.

Apa Yang Menarik?

Cerita pasal product dxn ni, sebenarnya kami dah lama menggunakan product dxn terutamanya kopi Lingzhi kalau tidak silap sejak tahun 2010 lagi.

majlis ramah mesra DXN Lahad Datu, DXN produk, dxn marketing, kopi Lingzhi, Kopi coredesip


Tidak banyak company pengeluar kopi yang ada mengandungi Lingzhi.  Kalau tongkat ali, ginseng tu perkara biasa.  Yang lebih menarik DXN company bukan sahaja mengilangkan malah mereka mempunyai ladang penanaman Lingzhi sendiri di Malaysia dan proses sehinggalah menjadi kopi Lingzhi.