Macam biasa jika nak servis kereta di mana-mana pusat servis perodua, kenalah buat temujanji melalui telefon. Saya pun gigihlah menggoogle nombor telefon pusat servis Lahad datu. So perlu telefonlah bila korang nak servis kereta, pastikan tak melebihi kilometer atau tak melebihi tarikh sepatutnya servis. Kalau saya biasanya tak melebihi kilometer oklah, melebihi tarikh tak apa. Tapi kalau korang tidak dapat servis pada masa yang korang dah buat temujanji tu, pastikan telefonlah semua ke pusat servis tu untuk batalkan temujanji dan mereka dapat memberi slot servis kepada yang sedang menunggu.
Sekarang bercerita pasal pengalaman saya sepanjang berada di pusat servis perodua Lahad Datu ni.....
Drive dari rumah lebih kurang jam 8.20 pagi sebab takut jalan jem, jadi ada baiknya awal sedikit. Sampai di pusat servis Lahad Datu jam 8.40 pagi. Memang awallah sebab temujanji jam 9 pagi. Parking kereta dekat bahu jalan (sebelah pintu masuk ke pusat servis) dan masuk bertanya kepada pegawai perodua yang berhampiran. Tujuan saya cuma nak maklumlah kedatangan saya dan tak apalah menunggu sekejap. O ya saya bawa c kecik Hana sekali untuk servis kereta kali ni. Pegawai tu terus ambil buku rekod servis dan kunci kereta lalu meminta saya untuk masuk ke pejabat dan ruang menunggu. Di ruang pejabat saya hanya maklumkan nombor flat kereta kepada kerani perodua dan kami pun berlalu ke ruang menunggu.
Selepas lebih kurang 20 minit (mereka periksa kereta), saya dipanggil ke kaunter sales advisor. Disana pegawai perodua tu terangkan apa yang mereka buat /servis pada hari tu dan anggaran kos yang perlu dibayar. Kali ni saya buat servis biasa iaitu tukar minyak je.... setakat ni saya ikut jadual servis perodua dan tak pernah skip lagilah tentang apa yang perlu ditukar. Sales advisor juga dah informed siap-siap untuk next service berkaitan anggaran bajet dan bulan keberapa kena datang semula, so kena bajet saving duit sikit untuk buat servis next. Selepas dah setuju, kami tunggu lagi untuk mereka lakukan kerja-kerja servis kereta. Bestnya tempat menunggu tu memang ngam-ngam depan......dipisahkan oleh dinding cermin je.
Sementara menunggu tu saya dan Hana kopi-kopi dulu. Seperti di pusat servis perodua yang lain pusat servis perodua Lahad Datu ni mereka ada menyediakan mesin air coway, kopi 3in1 dan biskut-biskut. So layan dirilah. Teringat pusat servis di putera jaya presint 14 dulu mereka sediakan juga nasi lemak dan sedikit jajan seperti gula-gula untuk anak-anak.
Inilah kawasan di mana kereta akan diservis. Kalau dilihat, memang ruang kerja mereka bersih. Rasanya susah nak nampak tumpahan minyak hitam dekat lantai. Cara mereka buat kerja sangat teratur. Memang tak risaulah ketika mereka menguruskan kereta untuk diservis.
Layan dulu video pendek kami 😆
Sedikit information mengenai pusat servis lahad datu:
Alamat : Kimball Industrial Estate,
18, Jalan Dam,
91100 Lahad Datu
No Telefon : 089-868400
Masa : Isnis - Sabtu : 8 pagi - 5.30 petang
Ahad : Tutup
Ok itu jelah review saya untuk perodua Lahad datu kali ni.
0 Comments