Salah satu restoran yang cukup naik sekarang ialah Restoran Fish Grill terletak di Harbour City, Kota Kinabalu, Sabah. Jika bercadang makan disana bersama keluarga kenalah buat tempahan dahulu sekurang-kurangnya beberapa jam atau sehari sebelum. Masa buat tempahan tu kena bayar sekurang-kurangnya 50%. Tapi kalau datang hanya berdua, mungkin tak ada masalah sebabnya restoran tu memang sentiasa dipenuhi pelanggan.
Pengalaman saya, first time ke fish Grill bersama keluarga adalah lebih kurang 10 orang tak tempah, akibatnya kami kena buat keputusan sama ada tunggu kalau- kalau ada kosong nanti atau kena cari restoran lain....kita orang tunggu . But second time, datang bersama family husband pula, tapi kali ni dah tau caranya kena tempah dulu.

Ya tidak dinafikan bahawa faktor utama adalah sebab harga hidangan yang lebih murah. Dengan pelbagai menu yang mereka tawarkan seperti korang boleh pesan ikan, udang, ketam dengan menu berkuah, stim atau pun bakar. Contoh menu yang wajib ada ialah udang butter bersarang. Saiz setiap hidangan pula, korang boleh pilih sama ada saiz hidangan besar (L), sederhana (M) dan kecil (S). Malah jika datang berdua boleh pesan mengikut jumlah yang korang nak.
Jika makanan korang masih banyak setelah habis makan, korang boleh je bawa pulang. Restoran ini ada menyediakan bekas (tapau) makanan....kena ambil sendiri atau bertanya kepada pekerja restoran tu.
0 Comments