Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pembaca blogku semua.

Ida selalu dah share kat sini...anggaplah ni "Facebook".☺️. Tadi menghadiri Majlis Anugerah Cemerlang SK BBST, Sepang. Alhamdulillah tahun ni Ash Fawzana anak ketiga ku dapat Anugerah Mata Pelajaran Terbaik Sains Tahun 2 IT. Tahniah anak bertuah umi. Ingat wahai anakku.. sentiasa jujur dengan diri dan orang lain, sentiasa belajar benda baharu, sentiasa rendah diri dengan ilmu yang ada, sentiasa rajin berusaha walau gagal banyak kali dan selebihnya tawakal kepada Pencipta iaitu Allah SWT.
Setiap kekurangan pasti ada pelengkapnya 😇😇, pada masa Ida memiliki 2 orang anak istimewa iaitu Ash Fadlin anak pertama dengan Disleksia, ADHD dan Ash Fahrin anak kedua dengan Autism, sebenarnya Allah hadirkan lagi Ida dengan 2 orang puteri yang sentiasa menceriakan kami iaitu Ash Fawzana dan Ash Farhana yang bungsu....setakat inilah 😁.