Ida dah biasa camping dengan family. Cumanya sebelum pergi camping, biasanya Ida akan cari maklumat dulu berkaitan tempat camping tu. Jadilah tak adalah haru biru. So, hasil daripada pencarian maklumat, sini Ida kongsikan cara-cara nak buat booking online dan bayaran yang dikenakan.
Di halaman tersebut iaitu halaman utama korang boleh tengok maklumat dan panduan, direktori taman eko rimba, permohonan dan semakan. Jadi Ida cadangkan korang baca dulu Maklumat dan Panduan serta Direktori Taman Eko Rimba iaitu senarai taman eko dan hutan negeri Pahang dan kemudian baru buat tempahan.

Bila dah habis baca Maklumat dan Panduan serta Direktori Taman Eko Rimba, korang boleh klik permohonan untuk buat tempahan atau booking. Kat sini korang kena isi no kad pengenalanan dulu untuk pendaftaran dan klik perkataan "seterusnya". Kemudian akan terpapar halaman untuk korang isi detail yang perlu seperti nama, alamat dan sebagainya kemudian klik simpan.

Paparan seterusnya pula korang boleh buat pilihan jenis permohonan. Jadi kalau nak camping pilih menjalankan aktiviti di Taman Eko Rimba dan bawah dia kan keluar satu paparan lagi yang memerlukan kita isi Taman Eko Rimba yang mana nak dipilih dan tarikh tempahan serta sedikit maklumat lain. Jadi korang pilih lah Taman Eko Rimba Sungai Pauh dan tarikh ikut tarikh korang lah kan..hihi.
Nak tahu bila keputusannya keluar ??
![]() |
Keputusan tempahan berkhemah diterima atau ditolak boleh diketahui dalam masa 7 hari selepas memohon. |
Anggaran Caj Yang Perlu Disediakan Untuk Perkhemahan : Parking sebuah kereta : Rm 3 Caj Masuk Taman Eko Rimba : Rm 3 untuk dewasa Rm 1.50 untuk kanak-kanak ( 5 hingga 12 tahun) Free untuk pemegang kad OKU (Caj sekali bayar sahaja) Caj Camping : Rm 10 untuk 1 malam /seorang (dewasa dan kanak-kanak sama harga) So kalau bermalam contohnya 2 dewasa 2 kanak dan tidur semalam= (2 Dewasa X RM3= RM 6) + (2 kanak-Kanak X RM 1.50= RM 3) - Bayaran masuk taman (4 orang x RM10 x 1 Malam= RM40) - Bayaran Camping Jumlah keseluruhan: RM49 Pst: jangan lupa bayaran parking kereta RM3 |
Ok dah dapat bayangkan cara nak booking activiti perkhemahan di Campsite Sungai pauh, Saya ucapkan selamat Ber Camping .....
2 Comments