Ice Cream Lavender dan bunga Lavender, Lavender Garden, Brinchang, Cameron Highland,
Istimewa di Lavender Garden Ice Cream perisa Lavender serta landscape bunga Lavender yang cantik.

Lavender Garden adalah taman pertanian bertemakan bunga lavender yang terletak di antara Tringkap dan Kuala Terla, kira-kira 4km ke utara Kea Farm di Brinchang di sepanjang jalan utama.  Ia adalah salah satu tempat menarik di Cameron Highland.  Jika dilihat secara keseluruhannya, disamping ia bertemakan lavender namun dari sisi lain ia juga boleh dilihat seperti sebuah taman fairytale. 

Sesuai namannya 'Lavender Garden', ia mempamerkan atau menanam pelbagai jenis lavender dari pelbagai negara yang indah dan juga kumpulan bunga-bunga lain dari pelbagai benua.

Kenapa Ida katakan ia adalah juga sebuah taman tema fairy tale?  Ini kerana jika anda masuk dan menghayati hasil dekorasi dalamannya yang dihiasi dengan patung-patung dan pemandangan luar bandar Eropah dengan wujudnya sebuah istana bertema fairy tale yang cantik.   


Selain daripada menghayati keunikkan rasa ice cream lavender, pengunjung juga tidak dibiarkan berlapar ketika datang ke sini, terdapatnya sebuah cafe yang menghidangkan pelbagai dessert.  Banyak deretan kedai kecil atau kiosk yang menjual pelbagai produk strawberry seperti jem strawberi,  Tidak ketinggalan juga produk lavender sepeti losyen lavender dan banyak lagi.  Arked membeli belah dan pasar mini menuju pintu keluar dengan pelbagai manisan dan souvenirs untuk dibawa pulang sebagai tanda kenangan dari Lavender Garden pun ada.    

Di sini juga pengunjung berpeluang untuk memetik buah strawberry yang segar dari ladang gitew.  Cumanya buat masa sekarang (semasa kunjungan Ida) Lavender Garden terpaksa menangguhkan aktiviti ni atas sebab mereka kekurangan buah strawberry kerana kebanyakan masih dalam tahap tumbuh dan belum matang.  Tambahan pula mungkin masih dalam keadaan berjaga-jaga dan mengamalkan SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan berikutan virus Covid 19.

Tidak perlu risau, pengunjung membeli strawberry telah siap dipek dan dijual di kedai didalam Lavender Garden ni.

Jika tidak pergi ke cafe, kebanyakkan point utama pengunjung datang ke Lavender Garden ialah untuk merakankan kenangan indah kerana terdapat banyak point-point yang cantik untuk bergambar.  Antara yang paling terkenal ialah area kincir angin mini yang terletak dihujung cafe, ruangan istana Disney, lukisan 3D, kubu tiruan dan banyak lagi.  Ida ada mengambil gambar untuk point-point tersebut.  Sorry kekadang Ida malas untuk mengambil gambar diri-sendiri, cukup hanya sekadar dalam kotak kenangan sahaja 😇...seorang je bawa telefon untuk review 😂.

Ok, lets layan gambar-gambar yang telah Ida ambil untuk note anda semua jika berpeluang atau merancang hendak ke Lavender Garden Cameron Highland.



Mushroom Kingdom




Oppsss.....ok harga tiket masuk yang latest ialah dewasa Rm 15 dan kanak-kanak Rm 10

Happy holiday 😍