Tempat  :  Pacific Sutera Harbour
Tarikh.  :  23 Jun 2024
Masa.    :  Check in : 15pm
                Check out : 12pm

Alhamdulillah tq en husband kerana bawa kita bermalam di hotel bertaraf 5 bintang malah bertaraf Dunia lagi.  Walaupun hanya semalam tapi dah puas hati.  Tak mampu cik oiii kalau 2 malam kerana anggaran harga semalam mencecah rm 300++....ha tu baru harga bilik yg paling murah.  Tapi jangan terkejut kalau saya cakap kat sini sebenarnya kami menginap free tau.  Ya memang free, asbab daripada en suami selalu outstation menggunakan penggangkutan udara so tak rugi menjadi ahli enrich untuk mengumpul mata ganjaran iaitu point.  Jadi, kami menginap di Sutera Habour ni hanya di bayar dengan mata ganjaran enrich sahaja.




Oklah jom review pengalaman kami bermalam di Pacific Sutera Habour ni.  Berada di tingkat 9 siap dengan balkoni sangat membuat hati teruja walaupun gayat juga bila melihat kebawah.  Masa booking tu memang pilih bilik pemandangan golf kerana point yang diminta masa tu murah dengan hanya 9k++ sahaja, menariknya selain pemandangan golf kami dapat menikmati  pemandangan gunung dan juga pemandangan laut. 


Ruang bilik luas, selesa yang direka bentuk dengan hiasan kontemporari.  Bilik double twin bed dilengkapi dengan meja kerja, sofa, tv flat screen, peti sejuk, peti keselamatan, set streka pakaian dan pengering rambut.  Selain itu, terdapat juga selipar pakai buang, cerek pemanas air yang lengkap dengan set minuman (kopi, tea etc). 

Saya pernah terbaca ulasan lama daripada penginap lain di booking.com dan tripadvisor berkaitan bilik yang banyak menyebut tentang berdebu dan Aircond tidak cukup sejuk.   Tetapi sepanjang penginapan saya, semua yang diulaskan tiada masalah.  Tetapi saya bimbang tentang bilik itu tidak betul-betul kalis bunyi.   Saya boleh dengar dengan jelas orang bercakap apabila mereka melalui lorong bilik, penerbangan yang kerap mendarat dan berlepas dari lapangan terbang berdekatan juga kedengaran, dan akhir sekali bunyi muzik dari SkyBar.  Dengan semua bunyi di sekeliling saya fikir pihak sepatutnya mempunyai kalis bunyi yang lebih baik untuk bilik.



Bilik mandi yang luas Dan selesa, dilengkapi dengan set mandian.  Bathtub Dan pancuran bilik mandi yang berasingan. 

Petang tu, selepas check in, bawa anak- anak ke kolam renangnya walaupun hanya sebentar...rugi tak cuba.  Sambil berjalan-jalan disekitar pantai Dan ke area dimana berlabuhnya bot-bot Dan yatch.  Menikmati panorama laut china selatan berlatarbelakangkan pulau 3 sekawan  Dari pantai memang melekakan.  😂 "Pulau 3 sekawan" tu saya yang beri gelaran Tau...pulau tu sebenarnya ialah pulau Sapi, Pulau Memutik Dan Pulau Manukan iaitu Pulau-Pulau Taman Laut Tunku Abdul Rahman.  Lupa bagi info, kolam tu dibuka seawal 7 pagi hingga 7 malam.  Tuala pula boleh dapatkan Dari kaunter berdekatan kolam.  Tapi jika dah siap bawa tuala Dari bilik, tak perlulah.  Selain tuala, disitu terdapat peralatan renang seperti jacket pelampung alat keselamatan renang lain yang pastinya sesuai untuk anak-anak.



Sebelah malam pula, kami tidak melepaskan peluang membawa anak-anak untuk merasai pengalaman bermain bowling yang juga termasuk didalam pakej bilik yang kami tempah.  Lokasi bowling ni terletak di Marina Sutera & Spa .  Nak ke sana boleh berjalan kaki atau menaiki kereta Dari Pacific Sutera.  Alah....jika travel alone atau couple jalan kaki jelah..tak sampai 5 minit dah sampai.
Secara keseluruhan Pasific Sutera Habour Hotel sangat memberikan pengalaman , terbaik untuk menginap di kota kinabalu, Sabah.  






Harga bilik yang ditempah di Pasific Sutera Habour adalah termasuk sarapan pagi.  Jadi jangan lupa untuk menikmati sarapan pagi yang dihidangkan.  Pelbagai menu pilihan daripada masakan Malaysia hingga barat yang disediakan.