Hotel MB, Tawau
Hotel MB adalah salah satu hotel bertaraf 3 bintang yang agak menyerlah di bandar Tawau disamping hotel-hotel bajet yang lain. Jika korang datang ke Tawau atas urusan kerja atau bertujuan hanya membeli belah sahaja, maka hotel MB adalah salah satu pilihan hotel yang tepat. Kedudukan hotel yang agak strategik iaitu tidak jauh dari pasar tanjung tawau dan juga tidak jauh dari hospital tawau. Lantaran dari lokasi yang baik, sudah pasti ia amat mudah untuk mendapatkan makanan dari restoran-restoran di sekitar hotel. Jadi tak perlulah menaiki grab car atau memandu jauh. Tidak jauh dari hotel ini juga terdapat sebuah masjid.
Bilik Deluxe Twin iaitu 2 Single Beds hanya pada kadar lebih kurang RM 115 semalam. Pada kadar harga tersebut korang juga ditawarkan percuma sarapan pagi di hotel. Keadaan bilik yang kemas serta beralaskan lantai kayu memang sedap mata memandang. Penghawa dingin yang baik dan tandas yang bersih cukup memberi keselesaan.
Didalam bilik ada disediakan mineral water, kopi & teh dan peralatan barangan mandi seperti sabun, syampoo dan juga set berus gigi. Di hotel ni juga terdapat lift yang dalam keadaan baik.
View @ pemandangan bilik adalah salah satu benda penting yang saya akan ambil kira ketika menempah bilik....so wajib ada tingkaplah. Setiap bilik di hotel MB ada tingkap jadi tak perlu risau.
Walau bagaimanapun hotel ni kurang sesuai jika korang bertujuan hendak bercuti santai dengan anak-anak. Alah biasalah kalau saya memang akan cari hotel yang ada kolam untuk anak-anak, oleh sebab husband ke Tawau atas urusan kerja so bantailah janji boleh tidur katanya.
0 Comments