Assalamualaikum dan salam sejahtera....

"Melaka dan Beca berpisah tiada".... Beca adalah salah satu tarikan jika nak jalan-jalan ke Melaka. Orang bilang tak lengkap jika tak merasa naik atas beca keliling Banda Hilir, Melaka. Tambah-tambah lagi jika menaikinya pada waktu malam. Lampu-lampu beca sangat-sangat menarik dengan dihiasi tema kesukaan masing-masing. Sangat mengujakan golongan kanak-kanak mahupun dewasa. Para pembawa beca akan menghiasi beca-beca mereka dengan pelbagai tema seperti animasi / karton terkini, bunga-bungaan seperti ditaman bunga dan bermacam-macam lagi. Tidak dinafikan dalam keseronokan menaiki beca sebenarnya tanpa disedari bahawa kita telah merancakkan instrumen pelancongan di Melaka dan juga menambah ekonomi penduduk setempat.

Beca Banyak di bangunan Stadhuys dan Kota A Famosa

Kenangan menaiki beca ni kami tidak lupakan ketika berkunjung ke Melaka pada Julai 2020 iaitu ketika kerajaaan telah membenarkan merentas negeri sebelum PKP berikutnya. Kebetulah pada masa tu suami kena menghadiri satu bengkel anjuran jabatan selama 3 hari, jadi kami pun turutlah sekali walaupun hanya pada hari terakhir baru dapat berjalan-jalan. Ya seronok sangat anak-anak bila diberi peluang untuk menaiki beca. Kali ni mendulur kesoronokan c bungsuku c Hana untuk menaiki beca dengan kerektor kartun My Little Pony yang menjadi idolanya. Secara peribadi, saya pun tertarik dengan hiasan-hiasan beca dengan pelbagai kerektor kartun dan bunga-bungaan.  Best sangat-sangat dengan pembawa beca yang peramah dan baik-baik belaka.

Seronoknya Naik Beca !!!

Naik Beca My Little Pony


Mana Nak Dapat Beca ?

Ha, beca-beca ni banyak terdapat di kawasan pelancongan utama iaitu di Banda Hilir atau lebih detail lagi area bangunan merah Stadhuys dan area Kota A Famosa. Yang bestnya, tambangnya pun taklah begitu mahal terutamanya jika kita hendak sewa dari Kota A Famosa ke Stadhuys secara berulang-alik. Dengan hanya lebih kurang RM 35 (pada masa itu) .... kalau tak silaplah, dah ingat-ingat lupa, Apabila sampai ke Stadhuys pembawa beca akan membenarkan mengambil gambar dan sebagainya lebih kurang 15 minit kemudian mereka akan membawa semula ke A Famosa. O ya sebenarnya tambang tu juga bergantung kepada sewaan mengikut jam atau jarak perjalanan.  

Diharap info ni dapatlah memberi sedikit gambaran salah satu keunikkan jika berkunjung ke Melaka, so jangan lepaskan peluang untuk naik beca.