Daripada pengalaman kami melawat Villa Sentosa, nama The Malay Living Muzium sangat bersesuaian sebagai gelarannya ini kerana di dalam rumah ini terdapat hiasan-hiasan yang terdiri daripada barangan antik, gambar-gambar lama yang setiap satunya mempunyai kisahnya yang tersendiri. Terdapat juga banyak barangan yang dipamerkan menggamit memori semasa zaman kanak-kanak seperti pemarut kelapa, pemukul kuih bahulu, congkak dan pelbagai lagi. Semua itu betul-betul membangkitkan nostalgia zaman kanak-kanak kita. Dimana anak-anak zaman sekarang mungkin tidak berpeluang melalui pengalaman yang sama seperti yang pernah kita lalui.
Ketibaan kami ke rumah ini disambut mesra oleh pak cik Ibrahim yang tidak bosan menerangkan sejarah rumah ini dan apa yang ada didalamnya. Walaupun baru berjumpa terasa seolah-olah telah lama mengenali pakcik Ibrahim kerana sikapnya yang ramah dan mesra berbicara serta mudah didekati. Pengalaman melawat rumah ini walaupun singkat terasa amat bermakna dan tidak sama seperti jika kita melawat mana-mana muzium. Dari pengalaman Ida sendiri, terasa seolah-olah balik ke kampung sendiri dan berjumpa keluarga begitulah apa yang dapat Ida gambarkan kemesraan pakcik Ibrahim.
Bagi yang berminat nak datang ke Villa Sentosa, tiada bayaran tiket masuk yang dikenakan cuma disediakan satu bekas sumbangan ikhlas dimana para pengunjung boleh memberikan sumbangan seikhlas hati. Pelawat boleh datang pada setiap hari dari jam 10.00 pagi sehingga 12.30 tengahari dimana lawatan ditutup sekejap dan akan dibuka semula jam 2.30 petang sehingga jam 5.30 petang, walau bagaimanapun, semasa cuti umum mungkin terdapat perbezaan masa. Bagi yang nak tahu kedudukan rumah ini boleh tengok peta di bawah 👇 dan sekaligus jika teringin mencari hotel yang berdekatan Villa Sentosa.
Terdapat gambar lain yang mencuri hati Ida 👇
Keratan Akhbar kisah mengenai Villa Sentosa |
Antara cenderamata peringatan pelbagai pihak dan organisasi yang pernah datang melawat Villa Sentosa |
Barang seramik yang kebanyakannya pusaka yang diwarisi |
Andai dah sampai ke Melaka memang rugi kalau tak berkunjung kesini,
Selamat tinggal Melaka.
0 Comments