Birdnest Festival, pesta salag, sarang burung, burung walit, persatuan Ida'an, bangsa Ida'an
Birdnest Festival

Assalamualaikum hi semua. Semoga kalian sentiasa berada dalam keadaan sihat dan bahagia. Personally saya sangat senang dan syukur kerana lahir disebuah negeri yang berbilang suku etnik yang banyak di Malaysia iaitu negeri dibawah bayu......Sabah bah. Lantaran daripada kepelbagaian suku etnik itu maka banyaklah pesta dan perayaan yang diraikan oleh pelbagai etnik di Sabah. Contohnya ada pesta Keamatan, pesta Rumbia, pesta Regata Lepa-Lepa, pesta Kubis, pesta Jagung dan banyak lagilah dan yang terbaru ialah Pesta Salag yang diadakan di Daerah Lahad Datu.



Oleh kerana minggu lalu saya berpeluang menghadiri pesta salag di Lahad Datu jadi penulisan saya kali ini lebih berkisar kepada pesta Salag. Ceritanya encik husband dijemput sebagai tetamu jemputan. So saya pun ikutlah tetapi tidak duduk bersama suami tetapi menjelajah sambil mengambil sedikit gambar. Tapi sayang saya tidak membawa kemera yang proper, jadinya gambar yang ada saya ambil menggunakan kamera telefon bimbit sahaja. Selain mengambil gambar, saya sempat bertanya-tanya kepada penjaga booth pameran tentang pesta salag ni. Sayang sekali saya tidak sempat bertanyakan namanya. Oh ya oleh kerana saya ni pun orang Sabah dan berasal dari Kunak iaitu tempat terletaknya Gua Madai jadi tahulah serba sedikit apa itu Salag.

Salag ni membawa maksud sarang burung walit. Sejarahnya semenjak awal, Gua-gua yang menjadi tempat sarang burung walit ni sudah dijaga oleh suku kaum Ida'an sebagai sumber ekonomi mereka khususnya di Lahad Datu, Sabah. Seperti yang kita semua sedia maklum, Sabah adalah salah satu negeri pengeluar sarang burung walit berkualiti tinggi yang menjadi rebutan negara China khasnya. Bermula dari kekuatan itulah mereka iaitu Persatuan Etnik Idaan sepakat meraikan pesta salag atau Bird Nest Festival buat pertama kalinya. Walaupun ianya baru tapi signifikannya betul kerana pesta Salag ni diraikan adalah sebagai tanda penghargaan kaum Ida'an kepada sumber ekonomi mereka iaitu sarang burung walit. Tambahan pula, pesta ni bukan sahaja tertumpu kepada kaum Ida'an tetapi ia juga memberi impak besar kepada pengusaha-pengusaha sarang burung walit di Sabah khususnya di Lahad Datu untuk terus bersemangat meningkatkan sumber ekonomi mereka.

Peralatan Ketika Mengambil Sarang Burung


Dikesempatan pesta ini, suku kaum Ida'an membuat pameran-pameran sarang burung seperti peralatan-peralatan yang mereka gunakan ketika mengambil salag iaitu sarang burung.  Contohnya peralatan gegelung, ambung dan sebagainya.  



Selain dari pameran berkaitan sarang burung, mereka juga memperagakan pakaian-pakaian suku kaum Ida'an, perhiasan ketika majlis perkahwinan dan sebagainya.


Menariknya dalam pesta tersebut sebagai gimik perasmian pesta salag, mereka membuat replika tangga untuk memanjat dan mengambil sarang burung yang berada didalam gua yang tinggi. Jadi tu sajalah dulu arr.