Salted butter atau unsalted butter?

Tentu masih ramai yang keliru sama ada nak gunakan sallted butter (mentega bergaram) atau unsalted butter (mentega segar tanpa garam). Terutamanya dalam menghasilkan biskut.

Mentega atau biasa orang panggil dengan butter adalah produk tenusu dibuat daripada lemak susu dan protein. Mentega boleh digunakan sebagai sapuan pada roti dan banyak digunakan dalam masakan seperti membakar, membuat sos dan menggoreng.  



Salted butter – mentega yang mengandungi garam dan ianya lebih tahan lama dari pada unsalted butter. Bagi yang nak buat biskut, salted butter lebih disyorkan kerana ianya akan memberi rasa yang kuat serta segar dan wangi. Harga salted butter lebih murah berbanding unsalted butter. 



Unsalted butter – mentega fresh tanpa garam. Rasa menteganya lebih kuat dan jangka hayat lebih cepat luput.Harga unsalted butter pula lebih mahal berbanding salted butter. 

Kesimpulannya saya akan memilih salted butter dalam pembuatan biskut kerana biskut akan terasa lebih rangup dan tahan lama.  tambahan pula, ketika proses membuat biskut tu, tak perlulah nak menambah garam dalam adunan.  Kadang pelik juga sebab ada orang guna unsalted butter ketika buat biskut tapi pada masa yang sama ia menambahkan sedikit garam dalam adunannya.  Apa pun terpulang pada cara dan keselesaan sendiri.