Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Hanya imbas kembali dan simpannya sebagai kenangan kerana tidak tahu entah bila lagi akan menjejakkan kaki ke Butterworth specially ke homestay Woodsbury Suites Apartment.  Pergi ke Pulau Pinang kali ini sebenarnya atas urusan kerja suami.  Bertepatan dengan cuti penggal pertama sekolah so suami decide untuk pergi bersama anak-anak pada 16 March 2020 lalu.  2 minggu sebelum pergi mulalah mencari homestay yang sesuai dengan keselesaan dan bajet kami....itu yang paling utama 😊.  

Ha bab mencari homestay ke, hotel ke atau yang sewaktu dengannya....jangan risau serah je kat saya.  Booking.com kan ada !!.  Memang itulah tempat pertama yang Ida akan buka.  Maklumlah sayang pula akaun kat Booking tu jika tak gunakan.  Lagi pula, Ida suka Booking.com ni selalunya murah dan mudah gitu.  Tambah-tambah lagi ni bukan first time untuk Ida buat Booking menggunakan laman Booking.com ni.  

Woodsbury Suites Butterworth, Pulau Pinang, ida nursuri, tempat menarik di pulau pinang, homestay,
Dipendekkan cerita, antara banyak homestay, hotel kat Butterworth atau dengan lebih tepat lagi kat Sebrang Jaya, akhirnya Woodsbury Suites Apartment menjadi pilihan.  Tidak jauh dari tempat suami berkursus. 

Tempat yang sangat strategik bagi Ida kerana apartment ni hanya bersebelahan dengan pusat membeli belah Econsave...hanya berjalan kaki sahaja.  So, jika anda bercadang hendak tinggal lebih lama...maksudnya 4 atau 5 hari ke, nilah antara tempat yang sesuai.

homestay Woodsbury Suites Butterworth hiasan dalaman
Jika bercerita pasal kemudahan apartment yang Ida booking pula, seperti biasa apartment mewah seperti ni pastinya ada menyediakan kolam renang dewasa dan kanak-kanak, lift dan pusat gim.  Jika bercerita pasal kemudahan homestay pula, sudah tentu banyak keselesaan yang diberi pada kami pada masa tu,  Antaranya :

2 bilik 1 tandas....tilam extra pun ada
Meja makan
Sofa
Tv
Aircond
Internet
Mesin basuh
Peralatan mandi....yang ni hotel-hotel semua pun ada 😚
Hair dryer
Iron and iron board
Peralatan dapur termasuklah peti sejuk, rice cooker, microwave, pemanas air dan Induction cooker...so bolehlah masak yang light-light, separa light pun boleh 😁

....by the way, untuk pendapat Ida sendirilah as a muslim better bawa sendiri barang yang digunakan untuk memasak seperti kuali ke, piring.  

Dengan menikmati pemandangan dan suasana dalam homestay ni, buat terlupa untuk berjalan keluar pula 😀😀.  Tak ada gambar diluar, gambar dalam homestay pun jadilah 😅😅.  Tambah-tambah pula masa tu Covid 19 tengah merebak.  Tak sempat jenjalan pun.  Tempah homestay untuk 4 hari 3 malam, terpaksa dipendekkan ke 2 hari 1 malam je sebab kerajaan telah umumkan pada 18hb Mac 2020 bermulanya Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP)...Lockdown lah tu.  Apa pun suka sangat dengan homestay ni, InsyaAllah ada rezeki akan datang ke sini lagi.

Jom layan gambar anak-anak yang sempat disnap di dalam homestay di sini. 

Homestay Woodsbury Suites @ Butterworth, Pulau Pinang, ida nursuri, tempat menarik




Oklah sweet kan semua gambar-gambar tu so jika ada yang berminat, Ida booking kat sini tau woodsbury suites @ butterworth, penang.  Untuk info, ini adalah antara apartment mewah yang paling murah dan bersih jika nak cari homestay di Pulau Pinang di area Sebrang Jaya. Kalau nak tahu location tempat ni boleh tengok Map dibawah 👇 Sambil tu kalau nampak Hotel sekitar yang offer harga murah dan berkenan di hati jangan tunggu lama-lama booking la cepat nanti melepas. 

Booking.com

Ok happy holiday!!