Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Selepas memasuki alam perkahwinan pada 30 June 2007...
💑.  Sebenarnya disitulah perjalanan dimulai. Ingatan kembali ke masa di awal perkahwinan, kami tinggal menumpang dengan arwah bapa mentua...🏢. Kebetulan suami memang bekerja di Labuan International Ferry Terminal dan saya pula baru bekerja di Manikar Beach Resort. Ok kesibukan sebagai surirumah yang bekerja dirasai. Tapi tak lama selepas itu, kerana perjalanan sebenar baru bermula.

1 February, 2008 suami mendapat panggilan kerja di sektor kerajaan. Alhamdulillah syukur kerana ya mungkin bekerja di sektor kerajaan itu satu impian. Terpaksa berjauhan selama beberapa bulan dengan sang suami kerana penjawat awam dikehendaki mengikuti kursus induksi 3 bulan pada masa tu. Ya dan kebetulan pula Ida dah disahkan mengandung 2 bulan. Dipendekkan cerita, setelah tamat kursus induksi suami di tempat di Sandakan. So itulah kehidupan pertama kami. Kandungan sudah menjangkau 9 bulan. Ida berhenti kerja dan mengikuti suami berpindah ke Sandakan. Rumah sewa pertama kami ialah di Taman Shuen Ngen, Batu 5...
🏘. Malah anak pertama dan ke 2 membesar di rumah yang sama. 

Awal 2011 suami di pindahkan ke Kota Kinabalu International Airport, so kami kena berpindah lagi ke Kota Kinabalu. Permulaannya kami menumpang di rumah uncle suami di Saravilla, Sembulan....6 bulan je kot...
🏘.  Selepas itu kami menyewa rumah lagi di Cyber City, Jalan Lintas...🏢.   Berbeza sedikit kerana rumah sewa kami di tingkat 3 tau. Hari-hari suami training turun naik tangga. Yang bestnya sini ada kolam renang tau. Seminggu dapatlah 2 kali bawa anak-anak mandi kolam kerana kena juga ayah mereka ada mostly hari sabtu dan ahadlah. Tambahan saya mengandung lagi anak ke 3 masa tu. Tinggal di Cyber City pun tak lama Ida rasa kerana awal 2012 kami berpindah rumah lagi ke Taman Teluk Villa di Putatan...🏠.  Suami tak tahan turun naik tangga kot, so dia pun gigihlah mencari rumah teres dan dalam tempoh beberapa bulan dapat rezeki berpindah ke rumah teres. Itu pun adalah bekas rumah sewa staff suami yang telah berpindah rumah so dia offerlah dekat suami kalau nak. bagai bulan jatuh ke ribalah....dahlah dapat rumah sewa takyah turun naik tangga, sewa lagi murah masa tu. Oh ya anak ke tiga lahir di Cyber City 2011 dan anak ke 4 lahir di Taman Teluk Villa 2014.

Penghujung tahun 2014, iaitu setelah 6 bulan kelahiran anak ke 4 suami mendapat pertukaran lagi ke semenanjung iaitu di Putrajaya. Sekali lagi berpindah rumah, Alhamdulillah dah rezeki suami kot cam tu....kadang tu terasa penatnya berpindah-pindah rumah.

ya sekali lagi perjalanan baru dimulai hidup di semenanjung. Orang bilang macam hidup sebatangkara tanpa kenalan dan keluarga. Sekali lagi kami tinggal menumpang di rumah uncle suami di Bistari Condominium, Kuala Lumpur....
🏢.   Itu je rumah yang free, cuma macam biasalah suami akan bayar letrik dan airnya. Sementara menunggu panggilan untuk masuk ke kuarters penjawat awam di Putrajaya. Lebih kurang 1 tahun baru dapat pindah ke kuarters Putrajaya di Presint 15 dengan lebih tepat Block A, 15-12A, Presint 15...🏢

November 2018 suami di pindahkan lagi ke Kuala Lumpur International Airport (KLIA) iaitu di KLIA 2. Maka dengan rasminya kami pun berpindah lagi ke Sepang. Dapatlah sewa rumah teres di Taman Bunga Raya, Sepang...
🏠. Hanya 10 ke15 minit ke KLIA, senang sikit suami untuk pergi kerja...tak jauh, so tak perlulah tergesa-gesa. 

Ok, sebenarnya Ida nak list down je sudah berapa rumah kami pernah tinggal dan buat perbandingan harga sewa rumah.

Perbezaan kadar sewaan antara semenanjung dan sabah contoh sandakan, kota kinabalu, Putera jaya dan Sepang bbst

*** 😇tak boleh bawa bincang dah....banyak sangat. Rumah sendiri di Melinsung Papar belum lagi masuk list tu, sebab kita orang belum pernah tinggal. Ha sekolah anak belum lagi nak cerita tu. Ikuti cerita Ida berkaitan sekolah anak.



Selamat mengikuti cerita Ida ...🚗 🚕 🚌🚚🚉 🛫 🏘🏢....