Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Pejam celik almost 10 tahun sudah Ida dan en. Suami lebih banyak menggunakan khidmat online dalam pembelian barang rumah. Khasnya khidmat daripada Lazada dan Shoppe. Pada masa yang sama Ida pun turut terjebak menjadi seller di Shoppe. Happy tau bila barang yang kita jual sentiasa menjadi sambutan. Walaupun terpaksa menghadap abang dan kakak dekat pejabat pos. Sebab Ida lebih prefer hantar sendiri barang ke pejabat pos berbanding jika menunggu postmen datang pickup barang di rumah. Ya..pos ada buat service untuk pickup dari rumah.
Tidak dinafikan shopping online disamping banyak kebaikkan, tetapi keburukkannya pun ada juga. Daripada pengalaman Ida sebagai buyer di Shoppe almost semua barang sampai tiada lagilah yang buat masalah. Manakala di Lazada pun ok, cuma teringat ngan husband yang kena tipu 2 kali pula tu. Tak taulah kalau kesilapan disengajakan atau sengaja. First time beli khemah....order saiz besar (4 ke 6 orang) tapi yang sampai saiz kecil yang hanya muat untuk 2 ke 4 orang. Ok done....kira orang return barang dan pihak Lazada refund duit semula. Second time, husband beli fortable banquet table...so dalam bayangan mestilah pack besar yang sampai. Tapi yang sampai macam manicure punya table rasanya dengan packing kecil....actually kita orang tak buka pun packingnya sebab dah tau salah. So report kepada Lazada.....kita orang return barang dan begitulah jua Lazada refund duit semula ke account.
Kebaikkan membeli dengan Lazada atau Shoppe ni, mereka tak akan release duit belian kepada seller selagi buyer tak receive barang. Iaitu ada 2 kaedah sama ada buyer akan tekan butang 'received order' di app atau web sebaik mendapat barang. Dengan ini seller akan cepatlah dapat duitnya. Atau jika buyer tidak tekan atau buyer tidak inform pihak shoppe atau Lazada bahawa mereka telah receive barang, duit seller tetap akan release kepada seller setelah sampai satu tarikh yang sepatutnya buyer sudah receive barang. Hal ini pihak Lazada atau Shoppe boleh tahu dari tracking parcel sudah receive atau belum. So selamat kan?. Lagi satu kalau terima barang salah atau rosak pun kita boleh claim refund dan return barang yang rosak tersebut.
Kebaikan lain seperti :
~ Jimat dari segi masa, minyak kereta, bayaran parking, kesesakkan trafik dan sebagainya.
~ Jimat masa memilih barang, kalau online boleh je tenung, fikir balik-balik nak beli ke tak...janji dah masuk bakul atau wish (love dulu) tak perlu tergesa-gesa nak bayar. Jika perlu boleh je chat dengan seller dulu.
~ Ida paling suka selalu dapat harga murah dengan kos penghantaran yang murah kekadang serendah rm4. Kalau barang melebihi rm 20, boleh lagi dapat free penghantaran. Emmm..
~ Best juga Ida boleh pilih sama ada beli dalam negara atau luar negara. Wow...cam shopping kat oversea. Dunia tanpa sempadanlah katakan.
~ Boleh buat perbandingan harga.
~ Lepas beli tu, tunggu ja kat rumah mereka hantarkan.
Keburukkannya pula:
~ Kena menunggu 4 hari ke 2 minggu, terutamanya kalau barang dari luar negara. Maknanya kalau barang nak pakai cepat, tak payalah online, terus je ke kedai cari sendiri.
~ Kadang buyer salah beli atau salah baca penerangan, contoh yang pernah Ida terbaca, dia nak beli sofa, lepas sofa dah sampai kecil betul macam kanak-kanak punya saiz. Rupanya semasa dia beli tak tengok saiz pun, nampak gambar cantik dan murah terus beli. So salah siapa?
~ Ooo tapi tidak dinafikan memang ada juga seller yang tidak jujur. Contohnya jual kualiti rendah dengan harga tinggi.
Apa-apa pun terpulang kepada individu masing-masing nak pilih cara mana online atau jalan ke kedai.....tepuk dada tanya selera
Ok semoga bermanfaat.
0 Comments