Assalamualaikum dan salam sejahtera semua rakyat Malaysia.....

Hari ini sudah 23 hari kita  berada dalam rumah "stay at home" atas Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) oleh kerajaan dek serangan wabak Corona Virus yang dipanggil Covid 19.  

Saat ini bukan Malaysia sahaja yang menerima serangan virus covid 19 malah keseluruhan negara di dunia turut merasainya.   Saat ini, kematian hari-hari diberitakan/dilaporkan disetiap negara.  Terutamanya kepada negara yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi contohnya USA, India, Indonesia. Negara yang tersohor dengan pelancong contohnya France, Italy dan sebagainya.   
Orang bilang untunglah kalau negsra kaya macam USA, tetapi tidak bagi saya kerana saya rasa lebih berbangga dan beruntung berada di bumi Malaysia.  Tidak perlulah saya ceritakan apa yang berlaku di negara luar.  Tetapi saya bangga dengan semangat rakyat Malaysia bersatu menghadapi wabak covid 19.

Disaat negara memerlukan sukarelawan barisan hadapan (frontliner) iaitu pembantu di hospital kerajaan, ramai bekas dan bakal doctor dan nurse menawarkan khidmat mereka.  Biarpun mereka terpaksa menghadapi risiko untuk dijangkiti adalah tinggi.  

Di negara luar para mediknya kekurangan bekalan alat pakaian perubatan yang dipanggil PPE. Tetapi tidak di Malaysia, Rakyat Malaysia yang terdiri daripada pereka fesyen selebriti,  pelajar-pelajar di IPT menghasilkan PPE dengan cepat guna 3D print malah banduan penjara turut menjahit untuk memastikan bekalan PPE di hospital tiada kekurangan.

Berbangga sangat kepada frontliner bahagian polis  rela dan pelbagai jabatan lain yang terlibat menjaga dan membuat roadblock disetiap tempat agar kawalan pergerakan dapat dibuat dengan jayanya.

Tidak lupa juga frontliner di pintu-pintu masuk negara iaitu petugas airport dan kakitangan Imigresen. Emmm mesti listkan tau yang last tu, sebab wiraku (suami tercinta) juga salah seorang frontliner di pintu masuk KLIA  under  kakitangan Imigresen.  Dalam tempoh PKP, setiap kali dia turun kerja pastinya doaku tidak putus-putus supaya dia bersama teamnya dilindungi daripada wabak Covid 19 ni.

Lantaran daripada wabak Covid 19 juga, ramai yang tak dapat cari rezeki kerana tidak mampu bergerak hasil drpd PKP/MCO/RMO.  Diatas dasar itu  kerajaan berusaha juga mencukupkan kekurangan rakyat dengan pelbagai bantuan termasuklah Bantuan Prihatin Negara.

Teringat petikan kata-kata PM kita Tan Sri Muhyiddin Yasin, "Pastikan Ada Makanan Atas Meja Setiap Hari" 

Tanpa disuruh, NGO dan individu perseorangan keluar membantu orang miskin, jiran tetangga, gelandangan, peminta sedekah. Tanpa mengira bangsa dan kewarganegaraan. Ya, tanpa disuruh.  Orang bilang "orang Malaysia ni pantang nampak orang susah, mesti ditolong biarpun RM1", lagi dia bilang "kita jaga kita".  Itulah yang saya sangat bangga.  

Jom rakyat Malaysia putuskan rantaian virus ni ke tahap 0.

#coronavirus2020
#prayforMalaysia
#stayathome