Dulu bangga tak pakai cermin mata dan kekadang jelous tengok orang pakai cermin mata…nampak cantik.  Tapi hakikatnya ada orang memakai cermin mata dengan tujuan bergaya…ialah Nampak lawa gitu dan ada jua orang yang terpaksa memakainya kerana rabun.  Ha Ida pun pernah terpasang niat gitu, tapi kekadang jika difikirkan balik….tak ada cantiknya pun pakai cermin mata, malainkan mata tu betul-betul dah rabun.  Tak kisahlah rabun jauh ke, dekat ke, silau ke…

Teringat kata-kata ni…..’cam orang tua je pakai spek mata’…..tumpul niat nak pakai bergaya 😂

Hakikatnya manusia akan semakin meningkat usia, akan timbullah pelbaggai tanda yang menunjukkan bahawa engkau tu dah semakin tua.  Hahaha…melalut pula sampai ke situ,  tapi sekarang bukan waktu nak bergurau….memang hakikatnya Ida kena jua memakai cermin mata.  Tiap kali nak menjahit panggil anak ….nak masukkan benang dalam jarum je pun,  Pergi kedai tak nampak harga barang,  nak isi apa-apa borang atau nak tandatangan apa-apa borang memang susah dan kesulitan Ida juga ialah tak boleh nak baca tulisan dibuku malah ditelefon.  Yang di telefon senang sikit, minta suami tolong besarkan saiz font telefon.  Nak buka telefon pun orang sebelah boleh baca…dah tulian besar gilarrr.

Ida banyak bercerita pasal rabun dekat je, hakikatnya itulah yang Ida alami.  Sebelum Ida jumpa kedai cermin mata Vital Eyecare Optometry Shop ni, Ida pernah je pun ukur cermin mata di kedai lain iaitu di kedai Menara Optometry Centre, Putrajaya.  Malangnya masa tu Ida buat khas untuk rabun dekat je (single vision lense), so jika nak tengok benda jauh kena buka cermin mata.  Apa yang Ida buat ialah letak cermin mata atas kepala bila nak tengok benda dekat baru turunkan cermin mata.  Kekadang kalau di rumah pula, akan selalu mencari cermin mata….tak tau letak kat mana, sebab selalu buka.

Ida tak banyak tahu tau berkaitan kanta ni, malas nak serabutkan kepala.  Apa yang Ida fikir nak cari cermin mata yang multifunction…jauh dan dekat.  Cari di google map area BBST, Sepang…antara banyak-banyak kedai yang disyorkan, Ida tertarik dengan Vital Eyecare Optometry Shop, selain ukur mereka juga menyediakan khidmat nasihat secara percuma terutamanya kepada yang baru hendak memakai cermin mata.

Ida sangat berpuashati dengan service yang mereka beri biarpun agak mahal sedikit 😉 bagi Ida.  Walau bagaimanapun, ni antara yang murah dan bertepatan dengan spectation yang Ida nak boleh tengok jauh dan dekat iaitu jenis Bifocal Lense.  Barulah banyak tahu pasal cermin mata dan ya merasa betapa siksanya seorang pemakai cermin mata.  Walaupun hakikatnya suami dah lama memakai cermin mata rabun jauh,  tapi Ida tak pernah peduli sangat.

Cerita berkaitan kedai cermin mata Vital Eyecare Optometry Shop dan di sinilah jua baru Ida tahu berkaitan spek mata dan jenis-jenisnya. 

Beg dan kotak sunglasses, dari kedai vital eyecara optometry, shop, cermin mata, spek mata, bifocal, trifocal, single version, multifocal, kedai cermin mata sepang, cermin mata rabun jauh dan dekat, bingkai cermin mata cantik dan free

Resit bayaran dari vital eyecare optometry, shop, cermin mata, jumlah bayaran payment cost untuk spek mata, bifocal, trifocal, single version, multifocal, kedai cermin mata sepang, cermin mata rabun jauh dan dekat, bingkai cermin mata cantik dan free

ida nursuri, sunglasses, vital eyecara optometry, shop, cermin mata, spek mata, bifocal, trifocal, single version, multifocal, kedai cermin mata sepang, cermin mata rabun jauh dan dekat, bingkai cermin mata cantik dan free
Cermin mata Bifocal ( 2 kanta)