Assalamualaikum dan salam sejahtera....
Alhamdulillah sampai ke muzium unik yang tak ada kat tempat lain iaitu Muzium Kapal Selam. Muzium kapal selam yang terletak di Kompleks Muzium Maritim, Klebang, Melaka. Lokasinya yang terletak tidak jauh dari pantai Klebang tak susah untuk dicari terutamanya pada zaman sekarang yang semuanya ada dalam google map. Boleh klik link untuk melihat lokasi dengan lebih tepat di Map lokasi Muzium Kapal Selam
Secara ringkasnya, kapal selam yang digunakan sebagai muzium lawatan ini diberi nama Flotilla Submarine (FS) SMD Quessant (Kelas Agosta 70). Menariknya kapal ini pernah digunakan oleh pasukan tentera laut Malaysia sebagai tempat latihan di Perancis. Info lanjut mengenai Kapal Selam ni boleh lihat di link wikipedia ni.
Menariknya dengan adanya muzium ni, kita dapat melihat bukan sahaja luaran malah dalaman kapal selam itu sendiri. Dapat menyentuh apa yang ada dalam kapal tu.... jangan korang rosakkan atau tapau dahlah. Kadang terfikir, bagaimanalah askar-askar marin tu berada dalam kapal selam ni dengan keadaan yang agak sempit dan ruang yang terhad. Apa pun mereka semua sudah terlatih dengan keadaan dengan ruang yang terhad tu. Oppsss.... sempit-sempit pun ada aircond ye, jadi jangan risau jika nak buat kunjungan ke Muzium kapal selam tu.
Selain kapal selam, terdapat juga 2 buah jet pejuang yang dimilik oleh tentera udara diraja malaysia sebagai pameran. Suka melihat anak-anak ketika mereka cuba memegang dan menggerakkan tayar jet pejuang tersebut. Memanglah besar, tak pernah nampak kan? ha sekarang korang tengoklah sebab bukan hari-hari jumpa kan.
Bestnya biarpun nampak anak-anak nampak bosan tetapi mereka tetap enjoy dan semua memberi kerjasama ketika kami berada disana. Almaklumlah saya ada anak yang autism sedikit aktif. Agak risau juga pada mulanya. tapi Alhamdulillah.
Jika korang ada kerisauan tentang kemudahan yang terdapat di Muzium Kapal Selam tu, jangan risau kerana semua ada seperti parking kereta free, surau, tandas dan gerai. Kira basic lah tu kan.
Tiket
Orang selalu risau kan kalau-kalau tiket mahal. Tiket masuk ke Submarine ni murah dan berbaloi siap free lagi untuk golongan OKU. Untuk kanak-kanak yang berumur 5 tahun kebawah pun percuma.
Ok, selamat berjalan-jalan sambil menyokong industri pelancongan dalam negara kita. Sambil-sambil tu jom tengok video jalan-jalan kami 😊
#idastory
#muziumkapalselam
#melaka
#childhoodmemories
0 Comments