Sambungan daripada cerita kami ketika mengunjungi KL Tower

Signage Sky Deck yang terletak di hadapan lift.

Selepas ronda beberapa pusingan di Observation Deck lokasi seterusnya ialah Sky Deck

Cantik je nampak menara KLCC kat belakang tu.

Sementara tunggu turn kami untuk masuk ke Sky Box kami bergambarlah dekat luar ni dahulu.  Kualiti gambar agak tak cantik sebab angin di ketinggian ini sangat kuat, kami rasa macam nak terbang jer tau... jadi nak kawal handphone kena berhati-hati... 

Kat atas ni memang terasa angin kuat.

Nampak dengan jelas Petronas Twin Tower dekat belakang tu serta bangunan-bangunan lain juga memang nampak dengan jelas pemandangan sangat cantik.




Sky Box


Pengalaman naik KL Tower Sky Box pada ketinggian 300 meter ni memang mendebarkan gayat dan boleh buat seram sejuk.  Sky box ni ada dua, pemandangan di kedua-dua belah memang sangat berbeza iaitu permandangan Twin Tower dan permandangan Tun Razak Exchange.  Ida syorkan rasailah pengalaman best di kedua-dua sky box ni kerana tiket yang korang beli adalah termasuk kedua-dua Sky Box.  Rugilah kalau lepaskan peluang ni kan.


Jika nak sesuatu yang mengujakan yang buat korang excited, cuba duduk di dalam Sky Box masuk dalam tu je kalau memang fobia dengan ketinggian tak payah lah nak masuk takut segala lutut sendi jadi lembik nanti 😂. kalau korang sukakan ketinggian memang thrill, tapi kalau tak, boleh pening-pening lalat dibuatnya!

Korang berani tak nak tengok dekat bawah tu..... 

Banyak lukisan-lukisan mural yang cantik seakan lukisan 3D di sekeliling dinding Sky Deck.  So anak-anak tidak lepaskan peluang untuk bergambar dengan gaya mereka yang tersendiri.

Banyak lukisan mural yang cantik di dinding sekeliling Sky Deck.

Anak-anak berlakon makan Ais Batu Campur dan Ais Krim.

Oklah macamana menarik tak naik KL Tower kalau kebetulan nak travel ke KL bolehlah masukan KL Tower list tempat wajib nak pegi. Lepas dari Sky Deck kami pun turun dan sempat lah anak-anak makan Ais Krim yang jual kat lobby then lepastu balik... The End