![]() |
Pemandangan KL Tower dari kawasan lapang hadapan menara |
KL Tower ni terletak di atas bukit hutan simpan Bukit Nenas iaitu dengan kata lain di tengah-tengah Kuala Lumpur. Korang waze je KL Tower for sure jumpa punya. Ida pun first time pergi ni memang kena gunakan google map atau waze. Di sebabkan tower ni kat atas bukit, jadi sapa gagah boleh la park kereta kat bawah pastu naik atas sendiri. Oleh kerana Ida ramai ahli yang masih kecil belaka maka kenalah park kereta kat atas. Tiket parking, bayar ikut jam iaitu Rm 3 sejam, itu yang Ida ingatlah. Kalau ikut tak mahal pun jika dibandingkan dengan rate parking tempat lain di area Kuala Lumpur ni. Suka diingatkan bahawa parking kat atas tak banyak dan sebenarnya. Nasib baik masa Ida pergi tak ramai orang, sebab kena hari jumaat kot orang masih sibuk bekerja. Ida pula dah kebetulan ada appointment husband kat HKL hari tu, so singgah sekalilah.
![]() |
Ada beberapa teropong yang disediakan kalau nak guna free je. |
First kami naik ke Observation Deck dulu. Atas ni macam biasalah boleh tengok view KL 360 degree gitu. Di Observation Deck ni, ada banyak teropong free korang boleh zoom nak tengok pemandangan KL dari ketinggian 300 meter.
![]() |
Kalau nak beli buah tangan untuk sahabat handai singgah le. |
Disini juga terdapat kedai-kedai souvenir, so korang boleh beli kat sini sebagai tanda ingatan, tapi takyah complainlah harga ada up sikit. Kedai makan ringan pun ada.
![]() |
Nak minum Mocha, Cappuccino atau latte jom order tekan-tekan je. |
Paling best ada mesin layan diri untuk membeli minuman panas atau sejuk. Apalagi husband dan anak-anaklah yang paling teruja.
Jom layan sudut-sudut menarik untuk selfie ke wefie ke di Observation Desk
![]() |
Tengah tunggu asben settle bayaran ticket masuk |
![]() |
Info wall, menara-menara lain dan boleh tahu lokasi nama dan ketinggianya |
![]() |
Green screen tapi cameraman takde mungkin sebab musim PKP kot. |
0 Comments