Sungai Congkak adalah salah satu pusat rekreasi terkenal di Selangor yang terletak di Hulu Langat juga under Tourism Selangor yang dikenali sebagai Congkak Eko Resort.

Macam-macam aktiviti korang semua boleh buat di sini dan antaranya ialah camping, piknik, BBQ dan mandi-manda dengan air sungai yang cukup bersih dan menyenangkan. Ketenangan itu mudah dicari di sini.  


Selain itu terdapat juga aktiviti lain yang boleh dibuat disini iaitu jungle tracking, river tracking, river cross night walk.  Aktiviti ini lagi sempurna dan meriah jika dibuat secara berkumpulan melalui program-program Sekolah-Kem motivasi, kepimpinan, peningkatan, unit beruniform, kepimpinan dalam pasukan Korporat-Team building, motivasi, keyakinan diri, bina insan, jati diri Unit beruniform dan Pertolongan cemas serta sukaneka family day.  Bukan apa teringat je pada hari kami berkelah di Sungai Congkak ada team kem motivasi kat situ.  So meriahlah sikit, termasuklah tandasnya turut meriah dengan murid-murid.

Ha kalau setakat beriadah, ok je dengan family kecil macam Ida, rasa privacy sikit tu ada.  Sebab bila korang masuk ke dalam, korang boleh je pilih tempat mana korang nak.  Boleh bawa kereta masuk dengan bayaran rm 5 dan buka khemah sehari rm 10 (siang sahaja).  Untuk pengunjung dikenakan bayaran RM 1 seorang bagi yang berumur 12 tahun ke atas, (bwah 12 tahun free) Kalau nak bermalam ada caj lain lagilah sebab ia dah kategori camping.  Jika tak nak bawa kereta, parking kat luar pun boleh.  Tapi tetap masih ada bayaran parking yang dikutip dan dipantau rasanya oleh makcik penjaga gerai kat luar.   My advice kalau korang bersama family yang ada anak kecil better bawalah kereta masuk tapi jika korang tak ada anak kecil dan barang sedikit just park kereta kat luar je sebab jarak tak ada la jauh mana dan sekaligus korang boleh menikmati keindahan tempat ni sepanjang perjalanan.

Di sekitar tempat letak kereta akan ada banyak gerai tepi jalan yang menjual makanan & minuman, barang-barang untuk mandi dan sebagainya. 

Kadar bayaran yang Ida tulis kat atas tu pada tahun 2018, kot ada perubahan.   Untuk mengetahui tentang bayaran untuk meletakkan kenderaan di dalam, korang boleh terus ke kaunter bayaran untuk membuat sebarang pertanyaan.  Sekali gus buat pendaftaran masuk kerana ada juga bayaran masuk ke Taman Eko.  Kena isi borang naa.  Sebarang info penuh boleh je lawati laman Congkak Eko Resort.

Masih nak tulis info ni, di Sungai Congkak juga terdapat kemudahan berbayar atau sewa iaitu dewan, tapak khemah, Chalet dan pondok-pondok kecil.  Free untuk tandas dan surau.

Ida tak letak banyak gambar sebab korang boleh je layan vLog simple yang Ida telah edit elok-elok untuk korang  Just telatah anak-anak bila dah jumpa sungai.

1 day trip beriadah di Sungai Congkak, tempat perkelahan sungai yang menarik yang terletak di Hulu Langat. Tak tidur bermalam just ambil feel je pasang khemah :-)

Semasa dalam perjalanan ke tempat khas tu nanti korang boleh tengok flow air sungai dan pemandangan yang cukup cantik.

Suka Ida ingatkan :

Jangan risau di sekitar Sungai Congkak ni memang banyak pondok untuk anda semua letak barang ketika mandi cuma tengok-tengoklah sikit barang tu kalau dah excited sangat mandi. Risau perkara yang tidak diingini berlaku.

Air juga agak sejuk terutamanya pada waktu pagi. Adalah dinasihatkan untuk beri perhatian kepada anak-anak yang mandi khususnya mereka yang mempunyai asthma. So far semuanya okay saja.