3 hari 2 malam di Grand Lexis Port Dickson

28.09.2018 - 30.09.2018 (Jumaat hingga Ahad)

Wow percutian yang langsung tidak dirancang......dahlah tu di hotel yang mewah gitu. Memang jauh dari kemampuan kami. 

Packing baju renang, baju pelampung, waterproof bag, percutian hotel, camping, hotel, grand lexis, port dickson, Malaysia, family trip\
Packing barang-barang
Throwback.....

En suami beritahu bahawa dia akan attend 1 bengkel anjuran MDEC......alahai dalam hati sedih lagi ni kerana terpaksa berjauhan dengan husband walaupun hanya 3 hari tapi amat bermakna tau buat kami anak beranak.

Rupanya sehari sebelum husband hubungi penganjur kalau-kalau boleh bawa family.....jawapannya boleh.....hureyyyy. Biarpun ada planning nak pergi bercuti sebelum hujung tahun tapi bajet tak mengizinkan, so batal niat....actually nak pergi Pulau Pinang (takpe simpan niat untuk the next trip lagi).

So keputusannya kami ikut, dah tahu husband akan busy dengan bengkelnya tapi tak jadi masalah kami di bilik. Tau kenapa ? anak-anak lagi suka sebab biliknya ada private pool.

Private Swimming Pool at Grand Lexis Hotel Port Dickson, percutian di Hotel, camping, hotel, grand lexis, port dickson, Malaysia, family trip
Private Swimming Pool di bilik hotel kami.

Tak pergi pantai takpe lagipun pantai-pantai sekitar Port Dickson bukanlah sesuatu yang baru bagi saya dan anak-anak. Bahkan saban minggu kami bermalam di pantai....... erkkk di khemah ye.

Nak dijadikan cerita, kami bertolak dari Putrajaya dalam 2.30 petang, oleh kerana saya memandu kereta macam siput so kami sampai dalam jam 4 petang walhal dari Putrajaya sepatutnya hanya sejam 10 minit jerrr.

Sampai je lepas parkingkan kereta husband pergi ambil kunci bilik, rupanya parking kereta (atas bangunan) jauh dari bilik hotel tu....tapi tak risau sebab hotel ni menyediakan khidmat buggy...seronok anak-anak naik kereta kecil tu .

Buggy service untuk membawa pelanggan dari loby hotel ke bilik penginapan, percutian di hotel, hotel grand lexis, port dickson, Malaysia, family trip
Buggy service untuk membawa pelanggan dari loby hotel ke bilik penginapan.

Nak cerita sikit pasal hotel Grand Lexis Port Dickson ni, pada keseluruhannya bermalam di hotel ni sangat-sangat memuaskan dan mengujakan. Dengan bilik dan kolam yang bersih dan selesa. Dalam bilik yang dilengkapi segala peralatan mandi. jug pemanas air dengan 2 set minuman, microwave, streka, astro channel dan jarang jumpa tempat lain ialah ia ada wifi untuk bilik sendiri....so setiap bilik ada kod wifi sendiri.

Bilik yang besar dengan dua Katil Queen Size, empuk dan selesa, anak anak bergambar atas katil, percutian di hotel, hotel grand lexis, port dickson, Negeri Sembilan, Malaysia, family trip
Bilik yang besar dengan dua Katil Queen Size

Hari kedua saya berjalan keluar tak sampai setengah jam, tak banyak berjalan keluar kerana anak-anak lebih tertarik kepada kolam kat bilik tambahan pula saya takut tak dapat kawal behavier anak-anak jika melihat aktiviti-aktiviti yang pihak hotel sediakan untuk para pengunjungnya.
Banyak aktiviti yang mereka sediakan termasuklah aktiviti memanah, berbasikal, memancing, team building, Apa yang saya tahu hotel ni jua ada restoran (Rosalle House Coffee), spa, karaoke dan saya rasa banyak lagilah.
Rasanya dah banyak kot saya cerita, dah nak balik ni ok bye

Pssssst.........pasal bayaran tu saya tak tau sebab pecutian kami adalah percutian free hehehehehe, Kalau korang berminat boleh je tengok harga kat widget Booking kat bawah ni 👇 kalau rasa sesuai boleh booking terus je.

Booking.com