Cerita ni adalah pada tahun 2017, dimana kami Berpeluang melawat ke Zoo Negara mengikuti rombongan sekolah anjuran bahagian kelas pendidikan khas sekolah SK Presint 14(1), Putrajaya iaitu dimana anak-anakku bersekolah.  Dalam lawatan ini,  dapatlah kami melihat sendiri Zoo Negara dan keunikkannya.  

Sekitar jam 8.00 pagi kami bertolak dari sekolah menuju ke Zoo Negara.  Lebih kurang jam 9 lebih kami sampai setelah mengharungi sedikit jem sekitar Kuala Lumpur.  

Sesampai sahaja anak-anak murid beratur untuk mendapatkan gelang atau pas masuk ke dalam Zoo.  Untuk rombongan sekolah seperti ini, mereka menyediakan jurupandu sepanjang lawatan kami didalam Zoo.  Sebelum masuk ke dalam Zoo, jurupandu memberikan sedikit brieffing tentang langkah-langkah keselamatan di dalam zoo.  


Kegembiraan dan keseronokkan terpancar diwajah anak-anak.  Dalam hati, begitu tabah cikgu-cikgu semua melayan kerenah anak-anak istimewa yang pelbagai ragam.  Allah Maha Adil, ia meletakkan sesuatu pada tempatnya.  Ya..iaitu hanya pendidik yang penyayang dan berdidikasi layak bersama anak-anak istimewa seperti ini.  Mereka ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.  Ada habit yang berberbeza.  Ah, beremosi sedikit pula aku bila mengenangkan.  

Berbalik kepada cerita tadi, kami dibawa mengelilingi zoo iaitu kesetiap sangkar haiwan-haiwan yang terdapat di dalam Zoo.  Kami dapat melihat sendiri haiwan-haiwan liar seperti harimau, singa, gajah, zirafah, badak dan banyak lagi.  Setiap kali sampai di kawasan haiwan  jurupandu tersebut akan membuat sedikit penerangan berkaitan haiwan.  


bukan sahaja melawat haiwan-haiwan dari sangkar ke sangkar tetapi kami juga berpeluang melihat pertunjukkan haiwan yang menghiburkan. Itu part yang paling best.  


Selepas melihat pertunjukkan, kami dibawa ke tempat dimana terletaknya panda.  Seronok dapat melihat panda secara real.  Best sangat-sangat.
Part terakhir sebelum kami menuju jalan keluar, sesi bergambar kenangan bersama cikgu-cikgu dan anak-anak istimewa.


Terima kasih yang tidak terhingga kepada cikgu-cikgu dan semua pembantu cikgu SK Presint 14(1) dari tahun 2016 sehingga 2018.


Our memory